Air

Sebotol air mineral dituangkan ke dalam gelas
Air menitis dari kepala paip

Air (Jawi: اءير, formula kimia: H2O) merupakan bahan kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air yang tulen tiada rasa, warna atau bau.[1] Formula kimianya menunjukkan satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Air wujud dalam 3 bentuk iaitu pepejal, cecair, dan gas.[1] Air dalam bentuk cecair adalah bentuk air yang paling utama ditemui di muka bumi ini. Air dalam bentuk gas adalah kukus atau wap air yang dihasilkan apabila air disejat atau dididihkan. Air dalam bentuk pepejal adalah ais yang dihasilkan apabila air dibekukan. Air meliputi 71% daripada permukaan Bumi, banyaknya di laut dan lautan (kira-kira 96.5%).[2]

Perkataan "air" diturunkan dari akar Proto-Austronesia *wahiR yang dahulunya lebih khusus bermaksud "air tawar" atau "sungai".[3]

  1. ^ a b "The Three Forms of Water" [Tiga Bentuk Air]. Story of Water (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Kerja Air Amerika Syarikat. 2022. Dicapai pada 29 Jun 2022.
  2. ^ "How Much Water is There on Earth?" [Berapa Banyak Air Yang Ada Dalam Air?]. Water Science School (dalam bahasa Inggeris). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat, Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. 13 November 2019. Dicapai pada 29 Jun 2022.
  3. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*wahiR: fresh water; stream, river". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 8 Julai 2022.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search