Air masin

Air masin (juga dikenali sebagai salinus) ialah air yang mengandungi kepekatan tinggi garam terlarut (terutamanya natrium klorida). Pada skala kemasinan Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), air masin lebih masin berbanding air payau, tetapi kurang masin berbanding air garam. Kepekatan garam biasanya dinyatakan dalam bahagian per seribu (‰) dan bahagian per juta (ppm). Skala kemasinan USGS mentakrifkan tiga tahap air masin. Kepekatan garam dalam air masin rendah ialah 1,000 hingga 3,000 ppm (0.1–0.3%); dalam air masin sederhana ialah 3,000 hingga 10,000 ppm (0.3–1%); dan dalam air masin tinggi ialah 10,000 hingga 35,000 ppm (1–3.5%). Air laut mempunyai kemasinan kira-kira 35,000 ppm, bersamaan dengan 35 gram garam setiap satu liter (atau kilogram) air. Tahap ketepuan hanya bergantung secara nominal pada suhu air.[1] Pada 20 °C (68 °F) satu liter air boleh melarutkan kira-kira 357 gram garam, yakni kepekatan 26.3 peratus mengikut berat (% b/b). Pada 100 °C (212 °F) (suhu didih air suling), jumlah garam yang boleh dilarutkan dalam satu liter air meningkat kepada kira-kira 391 gram, kepekatan 28.1% b/b.

  1. ^ "Sodium Chloride MSDS". Sigma Aldrich. c. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-09.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search