Air tawar

Amazon River near Iquitos, Peru
Lake Baikal as viewed from the Olkhon Island
Aerial view of Everglades with sawgrass and coastal marsh
Sungai, tasik dan tanah paya, seperti (dari atas) Sungai Amazon di Amerika Selatan, Tasik Baikal di Rusia, dan Everglades di Florida Amerika Syarikat, merupakan jenis sistem air tawar.

Air tawar merupakan sebarang cecair semulajadi atau air beku yang mengandungi kepekatan garam terlarut dan jumlah pepejal terlarut lain yang rendah. Walaupun istilah ini secara khusus mengecualikan air laut dan air payau, jenis air yang kaya dengan mineral tetapi bukan masin seperti mata air kalibiat masih termasuk bawah kategori air tawar. Air tawar mungkin merangkumi air beku dan cairan salji dalam lembar ais, litupan ais, glasier, medan salji dan gunung ais, kerpasan semula jadi seperti hujan, salji, hujan batu/hujan beku dan graupel, dan air larian permukaan yang membentuk jasad air pedalaman seperti tanah lembap, kolam, tasik, sungai besar, anak sungai, serta air bawah tanah yang terkandung dalam akuifer, sungai bawah tanah dan tasik. Air tawar merupakan sumber air yang paling banyak digunakan dan segera kepada manusia.

Air adalah penting untuk kemandirian semua organisma hidup. Banyak organisma boleh hidup subur di atas air masin, tetapi sebahagian besar tumbuhan vaskular dan kebanyakan serangga, amfibia, reptilia, mamalia dan burung memerlukan air tawar untuk terus hidup.

Air tawar tidak semestinya merupakan air minuman, iaitu air yang selamat untuk diminum oleh manusia. Sebahagian besar air tawar bumi (di permukaan dan air bawah tanah) adalah pada tahap tertentunya tidak sesuai untuk kegunaan manusia tanpa rawatan tertentu. Air tawar dengan mudah boleh tercemar disebabkan oleh aktiviti manusia atau disebabkan oleh proses semulajadi seperti hakisan. Air tawar membentuk kurang daripada 3% daripada sumber air dunia, dan hanya 1% daripadanya tersedia. Hanya 3% daripadanya diekstrak untuk kegunaan manusia. Pertanian menggunakan kira-kira dua pertiga daripada semua air tawar yang diekstrak daripada alam sekitar.[1][2][3]

Air tawar ialah sumber semula jadi yang boleh diperbaharui dan berubah-ubah bentuknya, namun kuantitinya terhad. Air tawar diisi semula melalui proses kitaran air semula jadi, melalui penyejatan air dari laut, tasik, hutan, tanah, sungai dan takungan sehingga membentuk awan, dan akhirnya kembali ke pedalaman dalam bentuk kerpasan.[4] Walau bagaimanapun, jika lebih banyak air tawar digunakan oleh aktiviti manusia setempat berbanding kadar pemulihan air semula jadi, ia boleh mengakibatkan pengurangan ketersediaan air tawar (atau kekurangan air) daripada sumber permukaan dan bawah tanah dan boleh menyebabkan kerosakan serius terhadap persekitaran sekitar dan berkaitan. Pencemaran air juga mengurangkan ketersediaan air tawar.

  1. ^ "Wastewater resource recovery can fix water insecurity and cut carbon emissions". European Investment Bank (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2022. Dicapai pada 29 August 2022.
  2. ^ "Competing for Clean Water Has Led to a Crisis". Environment (dalam bahasa Inggeris). 26 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2021. Dicapai pada 29 August 2022.
  3. ^ "Freshwater Resources | National Geographic Society". education.nationalgeographic.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2022. Dicapai pada 29 August 2022.
  4. ^ "The Fundamentals of the Water Cycle". www.usgs.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2019. Dicapai pada 17 September 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search