Ais

Ais
Satu blok ais seberat 4 tan, di pantai Iceland

Ais (disebut [ais], Jawi: اءيس Mal., Sin., Bru.),[1] es (disebut [és], Jawi: ايسdi Ind. tmsk Riau)[2][3] atau air batu (di Riau, Mal.)[2][4] adalah bentuk air yang dibekukan menjadi pepejal.[5][6] Secara lanjutnya, ia lebih terperinci menggambarkan mana-mana 14 fasa pepejal yang diketahui. Walau bagaimanapun, dalam konteks bukan saintifik, ia selalu menggambarkan ais Ih, di mana ia merupakan yang paling banyak di biosfera Bumi.

Ais jenis ini adalah kristal lembut dan rapuh, yang boleh kelihatan lutsinar (transparent) atau warna jernih kebiru-putihan bergantung kepada wujudnya unsur seperti udara. Penambahan bahan lain seperti tanah mungkin akan mengubah penampilannya. Transisi fasa yang paling biasa kepada ais Ih wujud apabila cecair air itu disejukkan di bawah 0 °C (273.15 K, 32 °F) pada tekanan atmosfera piawai. Walau bagaimana pun, ia boleh juga sublimate daripada gas tanpa melalui fasa cecair seperti pembentukan ibun. Ais tampil dalam pelbagai bentuk seperti hujan batu, kiub ais, dan glasier. Ia memainkan peranan yang penting dalam banyak fenomena meteorologi. Penutup ais di kawasan-kawasan kutub adalah tanda-tanda iklim global terutamanya kitaran air.

  1. ^ "ais". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b "es". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 99.
  3. ^ Lihat:
    • "es". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "es". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  4. ^ "air batu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ "Definition of ICE". www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-19.
  6. ^ "the definition of ice". www.dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-19.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search