Aisyah Abu Bakar

Aisyah binti Abu Bakr (lahir 614 - meninggal dunia 678) (Arab: عائشة, 'Ā'isyaṯ, "yang hidup") adalah isteri ketiga Nabi Muhammad. Dalam sejarah Islam, sebagaimana isteri-isteri baginda yang lain, beliau turut dikenali dengan "Ibu Orang Beriman" (Ummul Mukminin) seperti yang disebut dalam al-Quran (33:6). Beliau telah bertunang dengan Nabi Muhammad pada umurnya enam tahun dan berkahwin dengan Nabi Muhammmad pada umur sembilan tahun.

Aisyah telah memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam, ketika Nabi Muhammad hidup dan selepas Nabi Muhammad telah wafat. Beliau juga dianggap oleh orang ramai sebagai isteri kesayangan baginda, beliau juga dianggap sebagai seorang tokoh yang aktif dalam pelbagai acara dan seorang saksi yang penting untuk banyak peristiwa Islam yang awal. Aisyah menyumbang kepada pertumbuhan, pembangunan, dan kefahaman Islam. Beliau memaikan peranan dalam penyampaian riwayat, kisah hidup dan amalan serta doa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Aisyah telah sedia terlibat dalam meneruskan mesej baginda. Beliau hidup semasa pemerintahan sekurang-kurangnya empat khalifah pertama. Bapanya menjadi khalifah pertama untuk menggantikan pentadbiran Nabi Muhammad. Khalifah kedua, Umar, kemudian menggantikan Abu Bakar sebagai Khalifah Islam. Selepas kematian Khalifah kedua, Uthman, Aisyah membalas dendam kematiannya dalam peperangan unta. Beliau terlibat dalam pertempuran dengan memberi ucapan, dan menunggang unta beliau di dalamnya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search