Akta Parlimen[1] adalah sebuah statut (biasanya dikenali sebagai undang-undang) yang dikuatkuasakan sebagai undang-undang utama atau primer oleh suatu Parlimen kebangsaan atau sub-kebangsaan. Contohnya di Republik Ireland, ia dikenali sebagai Akta Oireachtas digunakan, dan di Amerika Syarikat istilah Akta Congress digunakan.
Di negara-negara Commonwealth, istilah ini digunakan di dalam kedua-dua maksud yang sempit, sebagai suatu perincian rasmi suatu undang-undang yang diluluskan di dalam wilayah yang tertentu, dan di dalam maksud yang lebih umum, ia adalah bagi undang-undang utama yang diluluskan di mana-mana negara.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search