All Nippon Airways

All Nippon Airways
全日本空輸
Zen Nippon Kūyu
IATA ICAO Pengenal
NH ANA ALL NIPPON
Ditubuhkan27 Disember 1952 (1952-12-27)
(sebagai Japan Helicopter and Aeroplane)
Hab
Hab kedua
Bandar tumpuan
Program kesetiaanANA Mileage Club
PerikatanStar Alliance
Subsidiari
Pesawat212
207 (+117 tempahan, +10 pilihan)
Destinasi104
Syarikat indukANA Holdings Inc.
Diniagakan sebagai
Ibu pejabatShiodome City Center
Minato, Tokyo, Jepun[2]
Orang pentingMineo Yamamoto (CEO), Yoji Ohashi (Chairman),
Pendapatan ¥1.974 trilion (2019)[3]
Pendapatan operasi ¥60.8 bilion (2019)[3]
Pendapatan bersih ¥27.7 bilion (2019)[3]
Jumlah aset ¥2.560 trilion (2019)[3]
Jumlah ekuiti ¥1.061 trilion (2019)[3]
Pekerja 42,196 (2022)[4]
Laman webwww.ana.co.jp/en/jp/
www.ana.co.jp/ja/jp/
ANA Boeing 777.

All Nippon Airways Co., Ltd. (全日本空輸株式会社, Zen Nihon Kūyu Kabushiki-gaisha, TYO: 9202 , LSE: ANA), juga dikenali sebagai Zennikkū (全日空) atau ANA, (Bahasa Melayu; syarikat Penerbangan All Nippon (seluruh Jepun)) ialah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Pusat Bandar Shiodome di kawasan Shiodome di Minato, Tokyo, Jepun [5][6][7]. Ia mengendalikan perkhidmatan ke destinasi domestik dan antarabangsa [8] dan mempunyai lebih daripada 20,000 pekerja setakat Mac 2016.[9]

Hab antarabangsa utama ANA terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di luar Tokyo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka. Hab domestik utamanya pula terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka, Lapangan Terbang Antarabangsa Chūbu Centrair (berdekatan Nagoya), dan Lapangan Terbang Chitose Baru (berdekatan Sapporo).[10]

Sebagai tambahan kepada operasi talian utamanya, ANA mengawal beberapa syarikat penerbangan penumpang subsidiari,[11] termasuk anaka syarikat yang terdiri dari ANA Wings, Air Nippon, Air Do (sebuah syarikat penerbangan tambang rendah, yang mengoperasikan perkhidmatan berjadual antara Tokyo dan beberapa bandar di Hokkaido), dan Allex Cargo (ANA Cargo - bahagian pengangkut barang yang dikendalikan oleh Air Japan). ANA juga merupakan pemegang saham terbesar dalam Peach, syarikat penerbangan tambang rendah usaha sama dengan syarikat Hong Kong First Eastern Investment Group. Pada Oktober 1999, syarikat penerbangan itu menjadi ahli Star Alliance. Pada 29 Mac 2013, ANA dinamakan Syarikat Penerbangan 5 Bintang oleh Skytrax. Pada 27 April 2018, ANA mengumumkan ANA Business Jet Co., Ltd., usaha sama dengan Sojitz untuk menawarkan penerbangan sewa jet peribadi.

  1. ^ "Strategic Update".
  2. ^ "Airline Membership". IATA. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2015. Dicapai pada 1 October 2012.
  3. ^ a b c d e ANA Annual Report 2020 (PDF) (Laporan). ANA Holdings Inc. 2020. m/s. 98. Dicapai pada 11 March 2021.
  4. ^ ANA Annual Report 2022 (PDF) (Laporan). ANA Holdings Inc. 2022. m/s. 69. Dicapai pada 11 March 2021.
  5. ^ name="Principal"
  6. ^ "Principal Offices." All Nippon Airways. Dicapai pada 22 Disember 2008.
  7. ^ "ANA City Offices/Ticketing Offices Japan Diarkibkan 2009-03-04 di Wayback Machine."
  8. ^ "ATW's 2007 Airline of the Year". Air Transport World. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2008. Dicapai pada 19 August 2009.
  9. ^ "Corporate Profile". ANA. Dicapai pada 9 October 2015.
  10. ^ Online Timetable (Japanese) All Nippon Airways official website
  11. ^ グループ会社一覧 (dalam bahasa Jepun). All Nippon Airways. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2012. Dicapai pada 1 October 2012.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search