Amber Chia

Amber Chia
Kelahiran
Chia Lee Peng

(1981-12-14) 14 Disember 1981 (umur 42)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanModel, pelakon, jurucakap produk
Tahun aktif1999–kini
Maklumat pemodelan
Ketinggian5 kaki 8 inci (175cm)
Berat badan55 kg (121 lb)
Ukuran badan32 – 25 – 35
Warna rambutHitam/Perang gelap
Warna mataHitam
Laman web rasmiwww.amberchia.com
Paparan amaran: Page using Template:Infobox model with unknown parameter "dress size"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox model with unknown parameter "shoesize"

Amber Chia (Cina Ringkas: 谢丽萍, Cina Tradisional: 謝麗萍, pinyin: Xiè Lìpíng; lahir 14 Disember 1981) ialah seorang peragawati dari Malaysia. Beliau dibesarkan di bandar Tawau, Sabah. Beliau memulakan kerjaya permodelan pada usia 17 tahun, setelah ditemui oleh pencari bakat di Kuala Lumpur, di mana beliau bertugas sebagai akauntan. Chia meraih kenamaan antarabangsa setelah dipilih sebagai salah seorang daripada 15 orang finalis peraduan Guess Watches Timeless Beauty pada tahun 2004, serta diundi sebagai Best Top Model oleh Malaysian International Fashion Awards pada tahun 2004 dan 2005. [1] Salah satu ciri-ciri zahir beliau yang terpenting ialah bibir bermuncung yang jarang didapati pada orang Cina Malaysia.

Sebilangan syarikat terkemuka pernah menggunakan khidmat Chia dalam iklan mereka, termasuk Sony, L'Oréal, dan Mitsubishi. ini menyebabkan para pengkritik mendapati beliau terlebih pendedahan, serta tanggapan bahawa beliau lebih gemar memilih untuk mendukung produk secara senyap-senyap. Pihak-pihak tersebut juga menitikberatkan ketidakfasihan beliau berbahasa Inggeris (beliau fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin), sungguhpun ini dikatakan adlaah disebabkan diri beliau dibesarkan di Tawau di mana kebanyakan penduduknya hanya fasih dalam loghat tempatan.[2]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search