Anglikanisme

Sebahagian daripada siri
Golongan Anglikan
Pertubuhan

Ketua Biskop Canterbury
(Rowan Williams)
Mesyuarat Ketua Paderi
Persidangan Lambeth
Majlis Perunding Anglikan
Biskop, Diosis, dan
Politi Episkopal

Latar belakang

Kristian  • Gereja Kristian
Anglikanisme  • Sejarah
Yesus  • Santo Paulus
Katolik dan Katolikisme
Penggantian Rasul
Ministry • Majlis ekumenikals
Augustine dari Canterbury  • Bede
Medieval Architecture
Henry VIII  • Reformation
Thomas Cranmer
Pembubaran Biara-biara
Gereja England
Edward VI  • Elizabeth I
Matthew Parker
Richard Hooker  • James I
Versi Diwibawakan • Charles I
William Laud  • Nonjuring schism
Ordination of women
Homoseksualiti • Laporan Windsor

Teologi

Tritunggal (Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Roh Kudus)
Teologi  • Doktrin
Thirty-Nine Articles
Caroline Divines
Oxford Movement
Chicago-Lambeth Quadrilateral
Sacraments  • Mary  • Saints

Liturgi dan Penyembahan

Book of Common Prayer
Morning and Evening Prayer
Perjanuan  • Liturgical Year
Biblical Canon
Books of Homilies
High Church  • Low Church
Broad Church

Topik Anglikan

Ecumenism  • Monasticism
Prayer  • Music  • Art

Portal Anglikanisme

Anglikanisme (bahasa Inggeris: Anglicanism) merupakan satu tradisi kepercayaan agama Kristian di mana gereja-gereja beraliran ini sama ada mempunyai hubungan sejarah dengan Gereja England atau mempunyai kepercayaan, ibadat, dan struktur gereja yang mirip.[1]

Para penganut Anglikan mendasarkan iman Kristian mereka pada Alkitab, tradisi-tradisi Gereja apostolik, penggantian apostolik ("episkopat historis"), dan tulisan-tulisan dari para Bapa Gereja.[2] Anglikanisme membentuk salah satu cabang Kristian Barat; secara definitif menyatakan keterlepasannya dari Takhta Suci pada saat Penyelesaian Keagamaan Elizabethan.[3] Banyak formularium baru Anglikan dari pertengahan abad ke-16 yang berhubungan erat dengan formularium Protestanisme semasa. Reformasi dalam Gereja England ini didahami oleh salah seorang dari mereka yang paling bertanggung jawab atasnya, Thomas Cranmer sebagai Uskup Agung Canterbury pada saat itu, sebagai mengarahkan suatu jalan tengah antara dua tradisi Protestan yang timbul iaitu Lutheranisme dan Calvinisme.[4] Pada akhir abad tersebut, pengekalan doktrin dalam Anglikanisme atas banyak tatacara liturgi tradisional dan atas episkopatnya tidak dapat diterima oleh mereka yang mempromosikan prinsip-prinsip terbaru Protestan.

Pada separuh pertama abad ke-17, Gereja England dan Gereja Ireland yang terkait dengannya disajikan oleh beberapa rohaniwan Anglikan sebagai cakupan suatu tradisi Kristian yang berbeza, dengan berbagai teologi, struktur, dan tata ibadah yang merepresentasikan satu jenis jalan tengah atau via media yang berbeza antara Protestanisme dan Katolisisme Rom. Perspektif ini menjadi sangat berpengaruh dalam teori-teori pengenalan Anglikanisme selanjutnya dan diungkapkan dalam deskripsi Anglikanisme sebagai "Katolik dan Tereformasi" (Catholic and Reformed).[5] Tingkat perbezaan antara kecenderungan Protestan dan Katolik di dalam tradisi Anglikan merupakan bahan perdebatan rutin baik di dalam gereja-gereja Anglikan tertentu maupun di seluruh Komuni Anglikan. Kekhasan Anglikanisme adalah Buku Doa Umum, kumpulan tata ibadah yang digunakan dalam sebagian besar gereja Anglikan selama berabad-abad, dan dengan demikian diakui sebagai salah satu pertalian yang mengikat Komuni Anglikan bersama-sama.

Setelah Revolusi Amerika, jemaah-jemaah Anglikan di bekas jajahan British benua ini (merangkumi negara-negara moden Amerika Syarikat dan Kanada) dibentuk kembali menjadi gereja-gereja berautonomi dengan struktur-struktur swakelola dan uskup-uskup tersendiri, iaitu Gereja-Gereja Episkopal Amerika Syarikat dan Anglikan Kanada. Dengan meluasnya kuasa penjajahan British yang turut menggalakkan penyebaran ajaran Kristian kepada masyarakat-masyarakat asli, model ini diadopsi sebagai model bagi banyak gereja yang baru terbentuk pada saat itu, khususnya di Afrika, Australasia, dan Asia Pasifik. Pada abad ke-19, istilah Anglikanisme diciptakan untuk mendeskripsikan tradisi agama bersama dari gereja-gereja tersebut; termasuk juga dari Gereja Episkopal Scotland, yang—meski bemula lebih awal di dalam Gereja Scotland—telah diakui sebagai berbagi identitas bersama ini.

  1. ^ "What it means to be an Anglican". Dicapai pada 2009-03-16. Text "Church of England" ignored (bantuan)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama cofe2
  3. ^ (Inggeris) Green, Jonathon (1996). "Chapter 2: The Middle Ages". Chasing the Sun: Dictionary Makers and the Dictionaries They Made (ed. 1st USA). New York City: Henry Holt. m/s. 58–59. ISBN 0-8050-3466-8.
  4. ^ (Inggeris) Diarmaid MacCulloch, Thomas Cranmer: A Life, Yale University Press (1996), p. 617.
  5. ^ (Inggeris) "The History of the Church of England"; http://www.cofe.anglican.org/about/history, Official Church of England website

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search