Anjing Akita

Anjing Akita
Nama lain
  • Akita
  • Anjing Akita Jepun
  • Akita Jepun
  • Anjing besar Jepun
Negara asalJepun
Trait
Berat Jantan 27–59 kilogram (60–130 lb)
Betina 25–45 kilogram (55–100 lb)
Tinggi Jantan 64–71 sentimeter (25–28 in)
Betina 58–66 sentimeter (23–26 in)
Bulu Lapis bulu ganda
Warna Perang kemerah-merahan, merah, putih brindle, sabel menyeluruh dengan bulu putih pada kawasan belakang anjing (varian genetik dapat termasuk hitam dan kelabu) (urajiro)
Saiz perinduk 3–12 ekor anak anjing (purata 7–8 ekor)
Jangka hayat 11.4 tahun
CatatanAnjing kebangsaan Jepun
Anjing wilayah Akita
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Akita atau hanya akita[a] ialah satu baka anjing Jepun bersaiz besar. Anjing Akita, yang berasal daari pergunungan Jepun utara, mempunyai lapis bulu ganda pendek yang serupa dengan yang pada banyak baka spits utara lain. Dahulu, ia digunakan oleh matagi untuk penjagaan dan pemburuan beruang.

Anjing Akita ialah baka berkuasa, dominan, dan setia, biasanya mengelak orang asing, tetapi bersikap penyayang dan amat setia dengan keluarganya. Sebagai baka, anjing Akita pada umumnya tahan lasak. Dua keragaman terpisah bagi anjing Akita merupakan strain tulen Jepun, yang dipanggil hanya Akita inu atau Akita ken[a] atau juga khususnya anjing Akita Jepun,[b] dan strain kacuk lebih besar, yang pada umumnya dirujuk sebagai anjing Akita Amerika atau American akita.[c][1] Walau bagaimanapun, ada perdebatan sama ada strain-strain anjing Akita berbeza atau membentuk satu baka.[2][3][4]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "American Akita" [Anjing Akita Amerika] (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2019.
  2. ^ "The Loyal, Bear-Hunting Akita" [Anjing Akita yang Setia dan Memburu Beruang]. Japan Powered (dalam bahasa Inggeris). 27 September 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  3. ^ Brearley, Joan McDonald (1985). The Book of the Akita [Buku Anjing Akita] (dalam bahasa Inggeris). TFH. m/s. 4–7. ISBN 0866220488.
  4. ^ "Akita | Breeds A to Z | The Kennel Club" [Anjing Akita | Baka A hingga Z | The Kennel Club]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search