Antartika

Koordinat: 68°50′S 90°35′W / 68.833°S 90.583°W / -68.833; -90.583 (Peter I Island)

Antartika (انترتيكا)

Lokasi Antartika.

Luas 14,000,000 km² (5,400,000 sq mi) 280,000 km² (108,000 sq mi) tidak diliputi ais, 13,720,000 km² (5,297,000 sq mi) diliputi ais
Penduduk ~1000 (bukan menetap)
Kerajaan
Sistem Perjanjian Antartika

- Setiausaha Eksekutif Johannes Huber

Tuntutan terhadap tanah Antartika  Argentina
 Australia
Chile
 Perancis
 New Zealand
Norway
United Kingdom
Mempunyai hak menuntut tanah Rusia
 Amerika Syarikat
Domain Internet .aq
Kod Panggilan mengikut lokasi memanggil

Antartika (Jawi: انترتيكا) merupakan benua paling selatan di dunia, terdiri dari segi geografi kutub selatan. Ia terletak di kawasan Antartik di Hemisfera Selatan, hampir semuanya selatan Bulatan Antartik, dan dikelilingi oleh Lautan Selatan. Dengan keluasan 14.0 juta km2 (5.4 juta sq batu), ia merupakan benua kelima terbesar dari segi keluasan selepas Asia, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan. Sebagai perbandingan, Antartika hampir dua kali ganda saiz Australia. Sekitar 98% Antartika diselaputi oleh air batu dengan purata ketebalan sekurang-kurangnya 1 batu (1.6 km)Error in convert: Ignored invalid option "en=us" (help) yang menganjur di kesemua permukaan benua kecuali di hujung paling utara Semenanjung Antartik.

Antartika secara amnya merupakan benua paling sejuk, kering dan kuat anginnya, dan memiliki ketinggian antara purata tertinggi di kalangan kesemua benua.[1] Antartika dianggap sebagai gurun, dengan curah hujan tahunan hanya 200 mm (8 inci) di sepanjang pantai dan jauh ke pedalaman benua.[2] Suhu di Antartika mencecah −89 °C (−129 °F). Tiada penempatan manusia kekal yang ada di sini, tetapi terdapat sekitar 1,000 sehingga 5,000 orang tinggal di situ sepanjang tahun di stesen-stesen pemantauan yang tersebar di sepanjang benua. Hanya tanaman dan haiwan adaptasi dingin bertahan hidup di sana termasuk penguin, anjing laut, nematoda, tardigrada, tungau, banyak jenis ganggang dan mikroorganisma lainnya serta juga tumbuhan tundra.

Perjanjian Antartika ditandatangani pada tahun 1959 oleh 12 negara, dan setakat ini, 49 negara telah menandatangani perjanjian itu. Perjanjian tersebut melarang kegiatan ketenteraan, perlombongan atau pengeluaran mineral, uji kaji nuklear, pelupusan sisa nuklear, dan menyokong penyelidikan saintifik serta melindungi ecozone di benua itu. Terdapat lebih 4,000 saintis dari pelbagai negara yang menjalankan penyelidikan berterusan benua tersebut.

  1. ^ National Satellite, Data, and Information Service. "National Geophysical Data Center". Government of the United States. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-13. Dicapai pada 9 Jun 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Joyce, C. Alan (18 Januari 2007). "The World at a Glance: Surprising Facts". The World Almanac. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-04. Dicapai pada 7 Februari 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search