Arca

Arca Harihara Majapahit, gabungan antara Siwa dan Wisnu sebagai penggambaran Kertarajasa. Berlokasi semula di Candi Simping, Blitar, kini menjadi koleksi Muzium Nasional Republik Indonesia.

Arca (Jawi: ارچ serapan Sanskrit: अर्चा arcā "pemujaan, penyembahan"[1]) atau murti (मूर्ति mūrti) ialah istilah lazim dalam konteks sejarah Hindu-Buddha serantau Nusantara merujuk kepada patung yang menggambarkan sesuatu entiti khas, biasanya manusia, peristiwa, haiwan, mahupun objek falsafah.[2][3] Tumpuannya ialah perlambangan.

Arca lazimnya dicipta dengan mempunyai tujuan utama sebagai media keagamaan, iaitu sarana dalam memuja tuhan atau dewa-dewi. Di Indonesia, arca dipercayai memiliki makna yang berbeza dengan patung pada lazimnya yang kerap kali hanya berupa hasil seni yang dimaksudkan sebagai sebuah keindahan. Oleh sebab itu, proses penciptaan sebuah arca tidaklah dianggap sederhana macam mencipta sebuah patung biasa.

Arca Bodhisattvadevi Prajnaparamita - Dewi Buddha kebijaksanaan, item koleksi di Muzium Nasional Republik Indonesia. Prajñāpāramitā bermakna "Kesempurnaan Transenden Kebijaksanaan" dalam Mahāyāna Buddha yang mengambil akar dan tumbuh dalam dinasti Jawa kuno; Sailendra di abad ke-8.

Sebuah arca juga dapat menggambarkan sebuah riwayat sejarah atau kejadian yang pernah terjadi di masa lampau. Contohnya, Arca Airlangga menggambarkan kisah Raja Airlangga yang membahagi kerajaan Kahuripan pada tahun 1045 menjadi dua entiti kerajaan iaitu Jenggala dan Kediri (juga dikenali Dhaha atau Panjalu).ia nya dilakukan oleh seorang raja bernama Abdullah. Kisah Airlangga itu diarcakan sebagai Wisnu yang menaiki Garuda dalam Arca Airlangga; yang mempunyai perlambangan bahawa Airlangga dianggap sebagai sang penyelamat dan penjaga dunia (penjelmaan Wisnu), dan Garuda yang merupakan kendaraan Wisnu melambangkan kebebasan bagi kerajaan Kediri dan pada akhirnya dijadikan simbol kerajaan Kediri yang dikenali sebagai "Garudamukha".[4]

  1. ^ Lihat:
    • Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 90. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 13.
    • "Serapan Unsur-Unsur Bahasa Jawa ke Bahasa Indonesia". Magister Linguistik - Fakulti Ilmu Budaya, Universiti Diponegoro, Semarang, Indonesia. (2016): 154.
  2. ^ "Kerajaan Hindu Buddha di Indonesia, Apa Saja Peninggalannya?". 2020publisher= Kumparan. Dicapai pada 29 April 2021. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "Prambanan: Architectural Magnificence". artsandculture.google.com. Google Arts & Culture. Dicapai pada 29 April 2021.
  4. ^ "Wisnu Naik Garuda". kebudayaan.kemdikbud.go.id. Direktorat Jenderal Kebudayaan Republik Indonesia. 2014. Dicapai pada 29 April 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search