Arecaceae

Arecaceae
Pinang-pinangan
Pokok kelapa, Cocos nucifera.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Arecaceae

Subkeluarga
Sinonim
  • Palmae

Arecaceae atau Palmae (atau secara tidak sah disebut Palmaceae[1]) ialah satu famili pokok berbunga daripada susunan Arecales, yang sering disebut palma. Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasan iklim tropika dan subtropika. Di Indonesia, keluarga ini disebut suku pinang-pinangan atau aren-arenan[2].

Dalam kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.

  1. ^ "Palmaceae" ialah nama tak sah kerana nama Arecaceae (dan nama Palmae yang merupakan nama alternatif yang diterima, ICBN Perkara 18.5) diutamakan berbanding nama-nama lain untuk famili ini.
  2. ^ Adi Sucandra (24 September 2017). "Sejarah Kelapa" (dalam bahasa Indonesia): 1-10. Dicapai pada 16 Januari 2022. Kelapa (Cocos nucifera) adalah satu jenis tumbuhan dari suku aren-arenan atau Arecaceae dan... Cite journal requires |journal= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search