Asiana Airlines

Asiana Airlines
Syarikat Penerbangan Asiana
아시아나항공
아시아나航空
Asiana Hanggong
IATA ICAO Pengenal
OZ AAR ASIANA
Ditubuhkan17 Februari 1988 (1988-02-17) (sebagai Seoul Airlines)
Bermula operasi23 Disember 1988 (1988-12-23)
Hab
Bandar tumpuan
Program kesetiaanAsiana Club
PerikatanStar Alliance
Subsidiari
Pesawat83 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini)
Destinasi159 (jumlah keseluruhan destinasi)
97 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan, destinasi musiman dan termasuk destinasi kargo)
Syarikat indukKumpulan Kumho Asiana
(1988 ~ Kini)
Diniagakan sebagaiKSE: 020560
Ibu pejabatKorea Selatan Osoe-dong, Gangseo-gu, Seoul, Korea Selatan
Orang penting
  • Kim Soo-Cheon (김수천) (Presiden & CEO)
Pendapatan KRW ₩ 5,552 bilion (2015)[1]
Pekerja10,380 (2015)
Laman webflyasiana.com/C/KR/EN/index
flyasiana.com/C/KR/KO/index
Asiana Airlines
Hangul항공
Hanja航空
Perumian SemakanAsiana Hanggong
McCune–ReischauerAsiana Hanggong
Asiana Airlines Boeing 777

Asiana Airlines Inc. (Hangul: 아시아나 항공; RR: Asiana Hanggong; dahulunya Seoul Airlines) (KSE: 020560) adalah satu diantara dua syarikat penerbangan utama Korea Selatan bersama dengan Korean Air. syarikat penerbangan ini juga merupakan syarikat penerbangan pembawa bendera Nasional Korea Selatan dan satu-satunya syarikat penerbangan bertaraf 5 bintang di Korea Selatan. Asiana mempunyai ibu pejabat di bangunan Bandar Asiana di Seoul.[2] Pada Tahun 2019, ia merangkumi 25% bahagian pasaran antarabangsa dan 20% bahagian dalam pasaran domestik. [3] Syarikat penerbangan ini mempunyai hab antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di bandar Incheon yang bertaraf dunia dan hab domestiknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di bandaraya Seoul dan hab lainnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di bandar Busan.

Sebagai ahli Star Alliance, ia mengendalikan 90 laluan penumpang antarabangsa, 14 laluan kargo (pengangkutan barang) domestik dan 27 di seluruh Asia, Eropah, Amerika Utara, dan Oceania. [4] Sehingga Bulan Disember Tahun 2014, syarikat ini menggaji sebanyak 10,183 orang. Majoriti juruterbang, kakitangan darat dan pramugari Asiana berpusat di Seoul. Syarikat Penerbangan Asiana Airlines ialah pemegang saham terbesar di Syarikat Penerbangan Air Busan, syarikat penerbangan tambang rendah serantau dengan Busan Metropolitan City (Bandaraya Metropolitan Busan). Syarikat penerbangan ini juga memegang bahagian sebanyak 100% di dalam Syarikat Penerbangan Air Seoul, anak syarikat dan syarikat penerbangan tambang rendahnya sendiri. Syarikat penerbangan ini mempunyai hab domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo (Seoul) dan hab antarabangsanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (70 kilometer (43 Batu) dari pusat Bandaraya Seoul).

  1. ^ "Asiana Airlines Sustainability Report 2015" (PDF). Asiana Airlines.
  2. ^ "Home Diarkibkan 17 September 2010 di Wayback Machine." Asiana Airlines. Retrieved 13 September 2010. "Address : Asiana Town, P.O.Box 98 47 Osoe-dong, Gangseo-gu, Seoul, Korea." Address in Korean Diarkibkan 22 November 2010 di Wayback Machine: "주소 서울특별시 강서구 오쇠동 47번지 아시아나 타운." Map in Korean Diarkibkan 20 September 2010 di Wayback Machine, Direct image link to map Diarkibkan 2 Januari 2010 di Wayback Machine
  3. ^ https://centreforaviation.com/analysis/reports/south-korea-aviation-market-a-decade-of-rapid-growth-driven-by-lccs-474765
  4. ^ http://flyasiana.com/english/

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search