Asid hidroklorik

Asid hidroklorik
Molecular model of hydrogen chloride
Nama
Nama IUPAC
Hydrochloric acid
Nama lain
Muriatic acid, Spirit of salt
Pengecam
ECHA InfoCard 100.210.665
Nombor E E507 (pengawal keasidan pH & agen antikerakan)
Nombor RTECS
  • MW4025000
Sifat
HCl in water (H2O)
Jisim molar 36.46 g/mol (HCl)
Rupa bentuk Clear colorless to
light-yellow liquid
Takat lebur −26 °C (247 K)
38% solution.
Takat didih 110 °C (383 K),
20.2% solution;
48 °C (321 K),
38% solution.
Miscible.
Keasidan (pKa) −8.0
Kelikatan 1.9 mPa·s at 25 °C,
31.5% solution
Bahaya
Frasa R Templat:R34, Templat:R37
Frasa S S26, S36, S45
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran (merah): tiada kod bahayaKesihatan kod 3: Pendedahan sekejap boleh menyebabkan kecederaan sementara atau sisa yang serius. Cth, gas klorinKereaktifan kod 1: Biasanya stabil, tetapi boleh menjadi tidak stabil pada suhu dan tekanan yang tinggi. Cth, kalsiumBahaya khas (putih): tiada kod
3
1
Takat kilat Non-flammable.
Sebatian berkaitan
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Asid hidroklorik merupakan sebatian kimia larutan akueous gas hidrogen klorida, HCl. Asid hidroklorik merupakan asid kuat, dan merupakan komponen utama asid gaster dan digunakan secara meluas dalam industri. Asid ini patut digunakan dengan awasan keselamatan yang sesuai kerana sangat mengkakis.

Nama lamanya ialah asid muriatik. Asid hidroklorik telah menjadi bahan kimia yang penting dan kerap digunakan sejak awal sejarah dan ditemui oleh ahli alkimia Jabir ibn Hayyan kira-kira pada tahun 800. Asid ini digunakan dalam Zaman Pertengahan oleh ahli alkimia untuk menghasilkan batu hikmat, dan kemudian oleh ahli sains Eropah termasuk Johann Rudolf Glauber, Joseph Priestly dan Humphry Davy dalam membina ilmu kimia moden.

sejak Revolusi Perindustrian, asid hidroklorik menjadi bahan kimia industri untuk pelbagai proses, termasuk penghasilan sebatian organik secara besar-besaran seperti vinil klorida untuk plastik PVC, MDI/TDI untuk poliuretena, dan proses lebih kecil, seperti pemprosesan gelatin dan bahan makanan, serta pemprosesan kulit (binatang). Lebih kurang 20 juta tan gas HCl dihasilakan setiap tahun.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search