Asmah Haji Omar

Asmah Haji Omar

Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar ialah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.[1] Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.[2] Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.

Lahir pada 5 Mac 1940 di Jitra dari sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi. Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'. Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia.

Asmah juga pernah mengetuai pasukan penyelidikan untuk dua siri rancangan Jejak Bahasa, penerbitan televisyen bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan TV3.[1]

  1. ^ a b Encyclopedia: Professor Dato' Asmah Haji Omar
  2. ^ Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua (2005). Ringkasan penerbit, Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search