Astro Shaw

Astro Shaw Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriPerfileman
Ditubuhkan4 November 1996 (1996-11-04)
Ibu pejabatBukit Jalil, Kuala Lumpur
Kawasan perkhidmatan
Tokoh pentingRaja Jastina Raja Arshad (Ketua Astro Shaw & Nusantara)
Norsalvina Alwee @ Vee (Ketua Pemasaran & Pengedaran)
Kyle Goonting (Ketua Pembangunan Filem)
Wee Sher Leen (Ketua Kandungan Strategi)
Chua Pei Pei (Ketua Kewangan & Pentadbiran)
Anwari Ashraf bin Hashim (Ketua Writers' Room)
Sarimah Ibrahim
Faizal Fauzi
Zahirah Abdul Rahim
Perkhidmatan
  • Penghasilan filem
  • Pemasaran filem
  • Pengedaran Filem
Syarikat indukAstro Malaysia Holdings Berhad
Pembahagian
Tapak webhttp://www.astroshaw.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Astro Shaw Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.

Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.

Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem blockbuster tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan box office tempatan apabila berjaya menjadi filem pertama mendapat kutipan sebanyak lebih daripada RM 30 Juta[1]. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan box office melebihi RM 100 Juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.

Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya. Astro Shaw juga menerbitkan bersama, mengedar dan memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie pada tahun 2022 dan memecahkan rekod kutipan tertinggi filem animasi Malaysia sepanjang masa.

Polis Evo 3[2] berjaya mendapatkan kutipan tertinggi blockbuster untuk filem di bawah terbitan atau edaran Astro Shaw dengan kutipan sebanyak RM50 juta dalam masa 24 hari sahaja diikuti oleh Hantu Kak Limah, Mechamato Movie, MALBATT: Misi Bakara dan PASKAL The Movie.

Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.

  1. ^ Zainuri Misfar (28 August 2018). "Hantu Kak Limah cipta rekod kutipan sukar ditandingi". Berita Harian. Dicapai pada 14 August 2023.
  2. ^ Gempak (20 Julai 2023). "Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!". Astro Awani. Dicapai pada 14 Ogos 2023.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search