Atom hidrogen

Atom hidrogen, 1H
Maklumat umum
Simbol1H
Namaatom hidrogen, 1H, H-1,
protium, ¹H
Proton (Z)1
Neutron (N)0
Data nuklid
Kelimpahan semula jadi99.985%
Jisim isotop1.007825 Da
Spin1/2
Tenaga lebihan7288.969 keV
Tenaga pengikatan0.000 keV
Isotop hidrogen
Jadual nuklid lengkap
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox isotope dengan parameter "error2" tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox isotope dengan parameter "error1" tidak diketahui
Gambaran atom hidrogen menunjukkan diameternya kira-kira dua kali ganda jejari model Bohr. (Gambar tidak mengikut skala)

Atom hidrogen ialah atom unsur kimia hidrogen. Atom dengan cas elektrik neutral ini mempunyai satu proton bercas positif dan satu elektron bercas negatif yang diikat pada nukleus oleh daya Coulomb. Hidrogen atom membentuk kira-kira 75% jisim unsur alam semesta. (Kebanyakan jisim alam semesta bukannya dalam bentuk unsur kimia, iaitu jirim "barion", tetapi dalam bentuk jirim gelap dan tenaga gelap.)

Dalam kehidupan seharian di Bumi, atom hidrogen yang terasing (biasanya dinamakan "hidrogen atom", atau lebih tepat lagi "hidrogen monoatom") adalah sangat jarang. Sebaliknya, hidrogen cenderung untuk bergabung dengan atom-atom lain dalam bentuk sebatian, atau dengan dirinya sendiri untuk menghasilkan gas hidrogen dwiatom yang biasa, H2. Istilah "hidrogen atom" dan "atom hidrogen" memberi makna yang berbeza. Misalnya, satu molekul air mengandungi dua atom hidrogen, tetapi tidak mengandungi hidrogen atom (yang merujuk kepada atom hidrogen yang terasing).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search