Aurangzeb

Aurangzeb

Muhiuddin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I, biasa dikenali sebagai Aurangzeb (Parsi: اورنگ‌زیب) (gelaran: Al-Sultan al-Azam wal Khaqan al-Mukarram Abul Muzaffar Muhi ud-din Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I, Badshah Ghazi) (3 November 1618 – 3 Mac 1707), juga dikenali dengan nama gelaran Alamgir I (Penakluk Dunia) (Parsi: عالمگیر), adalah putera kepada Shah Jehan dan merupakan sultan ke 6 Empayar Mughal yang memerintah dari tahun 1658 sehingga kematiannya pada tahun 1707. Pemerintahan Aurangzeb di dalam monarki Mughal telah ditandai dengan banyak perang untuk penaklukan Islam.

Aurangzeb telah memerintah banyak wilayah India selama hampir setengah abad. Baginda merupakan sultan Mughal kedua yang memerintah paling lama selepas moyangnya Akbar Yang Agung. Di dalam tempoh ini beliau berusaha keras untuk menakluk kawasan yang lebih besar yang terletak di India Selatan, dan meletakkannya di bawah pemerintahan kerajaan Moghul. Selepas kematiannya, Empayar Mughal telah mengalami kemerosotan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search