Austria

Republik Austria
ريڤوبليك أوستريا
Republik Österreich
Bendera Austria
Jata Austria
Bendera Jata
Cogan katatiada
Lagu kebangsaan[Land der Berge, Land am Strome] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)  (Bahasa Jerman)
"Tanah Pergunungan, Tanah pada Sungai"
|
Lokasi Austria  (jingga tua) – di dalam Kesatuan Eropah  (jingga muda) – di Eropah  (EU) — (Legend)
Lokasi Austria  (jingga tua)

– di dalam Kesatuan Eropah  (jingga muda)
– di Eropah  (EU) — (Legend)

Ibu negara
dan bandar terbesar
 Vienna
Bahasa rasmiBahasa Jerman1
KerajaanRepublik
• Presiden
Alexander Van der Bellen
• Canselor
Karl Nehammer
Kemerdekaan
27 Julai 1955
26 Oktober 1955
• Perairan (%)
1.3
Populasi
• Perkiraan 2021
8,935,112 (98)
• Bancian Penduduk 2021
8,932,664
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$461.432 bilion (34)
$51,936 (17)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$446.315 bilion (27)
$50,277 (15)
HDI (2019) 0.922[1]
sangat tinggi
Mata wangEuro (€) 2
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan43 (terperinci)
Kod ISO 3166AT
DPT internet.at 3
1 Bahasa Slovenia, Bahasa Croatia, Bahasa Hungary telah diiktiraf sebagai bahasa daerah rasmi dan Bahasa Tangan Austria ialah bahasa yang dilindungi di seluruh negara ini.
2 Sebelum tahun 1999: Syiling Austria.
3 Domain .eu turut digunakan dan dikongsi bersama anggota Kesatuan Eropah yang lain.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessionEUdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "population_densitymi²"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "areami²"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "population_density"

Austria (Jerman: Österreich; Jawi: أوستريا), secara rasminya disebut Republik Austria (Jerman: Republik Österreich) merupakan sebuah negera persekutuan yang terletak di Eropah Tengah yang mempunyai seramai 8.5 juta penduduk. Negara ini bersempadan dengan Republik Czech dan Jerman di utara, Hungary dan Slovakia di timur, Slovenia dan Itali di selatan dan Switzerland dan Liechtenstein di barat. Kira-kira lapan negara bersempadan dengan negara ini. Wilayah Austria seluas 83,879 kilometer persegi (32,386 bt2) dan mengalami iklim alp. Muka bumi Austria kebanyakannya pergunungan yang terletak di Alps dan hanya 32% daripada negara ini adalah di bawah paras 500 meter (1,640 ka) dan poin tertinggi pada 3,798 meter (12,461 ka). Majoriti orang Austria bertutur loghat Bavaria dalam bahasa Jerman sebagai bahasa utama mereka, loghat Austria Jerman juga antara banyak dituturkan dan menjadi bahasa rasmi negara. Bahasa tempatan yang rasmi digunakan ialah bahasa Hungary, bahasa Slovenia dan Burgenland Croatia.

Austria pada asalnya merupakan tempat utama dinasti Habsburg yang mengasaskan negara Empayar Suci Rom. Dari mulanya Reformasi, kebanyakannya putera Jerman Utara menggunakan Protestan sebagai bendera pemberontakan. Perang Tiga Puluh Tahun berlaku akibat pengaruh dari Sweden dan Perancis, kekuasaan Prusia dan serangan tentera Napoleon yang melemahkan semua kuasa Maharaja di wilayah-wilayah utara Jerman manakala di selatan tidak terjadi . Ini kerana dikawal ketat oleh tentera-tentera Katolik. Ketika abad ke-17 dan 18, Austria merupakan salah satu negara adikuasa di benua Eropah[2][3] dan pertabalan Napoleon Bonaparte sebagai Maharaja Perancis, Empayar Austria dirasmikan pada tahun 1804. Berikutan kekalahan Napoleon, Prusia muncul sebagai ketua pesaing Austria kerana kuasa pemerintahan Jerman yang jauh lebih besar. Austria dikalahkan oleh tentera Prusia dalam Perang Austria-Prusia pada 1866, jalan baru Prusia untuk mengawal Jerman. Pada 1867, Maharaja Francis Joseph merasmikan kuasa dual monarki dengan Hungary yang menjadi Austria-Hungary. Selepas kekalahan Perancis dalam Perang Perancis-Prusia, Austria keluar daripada pembentukan Empayar Jerman yang baru. Ketika Krisis Julai 1914 yang baru berikutan pembunuhan putera mahkota Austria, Archduke Franz Ferdinand, Empayar Jerman menyokong Austria untuk melancarkan perang ke atas Serbia dan mencetuskan era Perang Dunia Pertama.

Selepas pembubaran Empayar Austria pada 1918 yang menamatkan Pernag Dunia Pertama, Austria memakai nama Republik Jerman-Austria yang bergabung dengan Jerman tetapi hanya setahun selepas dilarang dalam Perjanjian Saint-Germain-en-Laye (1919). Republik Pertama Austria ditubuhkan pada tahun 1919. Pada tahun 1938, Austria diilhak dan diduduki oleh Jerman Nazi (Anschluss).[4] Pendudukan Jerman sehingga Jerman kalah pada tahun 1945, kemudian tentera Bersekutu menduduki Austria dan perlembagaan demokratik yang dahulu dihapuskan. Pada tahun 1955, Perjanjian Wilayah Austria ditandatangani untuk menubuhkan Austria sebagai negara bebas dan menamatkan pendudukan itu. Pada tahun yang sama, Parlimen Austria mencipta Pengisytiharan Berkecuali yang menyatakan Republik Kedua Austria akan menjadi negara berkecuali buat selama-lamanya.

Ibu negara dan bandar terbesar di Austria yang mempunyai penduduk padat melebihi 1.7 juta ialah Vienna.[5][6] Austria merupakan salah satu negara terkaya di dunia, dengan memiliki nominal per kapita GDP sebanyak $46,330 (2012 est.). Negara ini juga mempunyai taraf hidup yang tinggi dan pada 2011, ia pada kedudukan ke-19 dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia. Austria merupakan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1955,[7] menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1995,[5] dan juga merupakan pengasas OECD.[8] Austria juga menandatangani Perjanjian Schengen pada tahun 1995.[9] dan menukar mata wang euro pada 1999.

  1. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 December 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 6 December 2021.
  2. ^ Market Liberalism: A Paradigm for the 21st Century, page 247, David Boaz, Edward H. Crane, Cato Institute, Washington D.C. 1993, ISBN 978-0-932790-98-9
  3. ^ The Transformation of European Politics, 1763–1848, Oxford History of Modern Europe, page 209, Paul W. Schroeder, Oxford University Press, 1996, ISBN 978-0-19-820654-5
  4. ^ "Anschluss". Encyclopædia Britannica. 24 September 2009. Dicapai pada 31 May 2009.
  5. ^ a b "Austria". The World Factbook. CIA. 14 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2009.
  6. ^ "Probezählung 2006 – Bevölkerungszahl" (PDF). Statistik Austria (dalam bahasa German). 31 October 2006. Dicapai pada 27 May 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Jelavich 267
  8. ^ "Austria About". OECD. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 May 2009. Dicapai pada 20 Mei 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Austria joins Schengen". Migration News. May 1995. Dicapai pada 30 May 2009.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search