Aznil Nawawi


Aznil Haji Nawawi
Aznil pada 2010.
Kelahiran
Aznil bin Haji Nawawi

(1962-11-06) 6 November 1962 (umur 61)
Nama lainPak Nil
PendidikanIjazah Sarjana Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Malaya
PekerjaanPengacara, pelakon, pengarah, penulis, penyanyi, penghibur, penyampai radio
Tahun aktif1990−kini
Karya terkenal
Akademi Fantasia
Macam-Macam Aznil
Tom Tom Bak
Jangan Lupa Lirik
Seiras Seirama
LePakNil
PasanganZahauyah Tarmizi (bercerai)
Anak-anak3
IbuHajah Norbaiti binti Haji Surur
BapaHaji Nawawi bin Shirin
SaudaraNora Nawawi (kakak)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif1996, 2006, 2008
Syarikat rakaman
Pony Canyon
KRU Records

Datuk Aznil bin Haji Nawawi (lahir 6 November 1962), lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, pengarah, penulis, penyanyi, penghibur dan penyampai radio di Malaysia.[1][2] Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun.[3] Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.[4]

Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3. Sepanjang bersama TV3, antara rancangan dikendaikan oleh beliau ialah Buletin Utama (sebagai penyampai berita), Melodi dan Pop Kuiz (kedua-duanya menampilkan beliau sebagai pengacara). Pada tahun 1996, beliau melancarkan album pertama Macam-Macam di bawah syarikat rakaman Pony Canyon. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, Aznil telah membintangi beberapa kredit filem seperti Sama Tak Serupa (1995), Aku No. 1 (2004), Cicak-Man (2006) dan Magika (2010). Beliau melancarkan kerjaya muziknya pada 1996 dengan pelancaran album pertama, Macam-Macam terbitan Pony Canyon dengan single hits "Jumpa Di Sana" dan diikuti oleh album kedua, Aznil terbitan KRU Records pada 2008.[5]

Beliau dianugerahkan gelaran kehormat Datuk oleh Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2013. Sepanjang kerjayanya dalam bidang penyiaran, Aznil telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Seri Angkasa bagi Pengacara TV Popular, dan beberapa lagi anugerah yang diterimanya.

Di luar bidang seni, Aznil juga terlibat dalam pelbagai acara amal, kempen dan aktiviti kebajikan termasuk Kempen Jom Ganyang Aedes anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi peranannya sebagai duta, Aznil dilantik sebagai Duta Perpaduan bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Duta Sihat 1Malaysia, dan Ikon Cinta Malaysia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

  1. ^ Nina Farzuin Md Sharom (31 Mei 2015). "Datuk Aznil Nawawi selebriti versatil". Sinar Harian. Dicapai pada 22 December 2015.
  2. ^ Zaidi Mohamad (28 April 2015). "Sudah lama terima hakikat zaman kejatuhan - Aznil Nawawi". Berita Harian. Dicapai pada 22 December 2015.
  3. ^ Aqmar Mustaza (1 September 2014). "25 tahun Aznil Nawawi..." Sinar Harian. Dicapai pada 22 December 2014.
  4. ^ "Pak Nil's record unbeaten". The Star. 11 August 2016. Dicapai pada 9 April 2017.
  5. ^ Ifqdar Rahman (21 Mac 2014). "Aznil cerewet". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-09. Dicapai pada 9 April 2014.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search