Baghal

Bagal
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Nama binomial
tiada
Sinonim
Equus mulus

bagal (bahasa Inggeris: mule) merupakan kacukan kuda betina dengan keldai jantan. bagal adalah mandul. [1] Kuda dan keldai merupakan spesies berbeza, dengan bilangan kromosom yang berbeza. Satu dari dua kacukan F1 antara dua spesies, bagal adalah lebih mudah didapati berbanding hinny (anak dari kuda jantan dan keldai betina). Kesemua bagal adalah mandul.

bagal sering digunakan sebagai haiwan pengangkut kerana bagal mempunyai tubuh yang lebih tegap berbanding keldai, tetapi bagal tidak mampu memecut laju seperti kuda.

Saiz bagal dan jenis kerja yang dilakukannya bergantung kepada jenis ibu bagal. bagal boleh jadi berat ringan, berat serdahana, malah apabila dihasilkan dari kuda betina draught, berat serdahana berat.[2]

Pencinta bagal mendakwa bahawa ia adalah "lebih sabar, yakin melangkah, lasak, dan hidup lebih lama berbanding kuda, dan ia dianggap kurang degil, lebih pantas, dan lebih pintar berbanding keldai."[3]

bagal betina yang memiliki kitaran estrus dan dengan itu, secara teori, mampu menghasilkan fetus yang dikenali sebagai "molly" atau "bagal Molly," sungguhpun istilah ini kadang-kala digunakan bagi merujuk kepada bagal betina secara umum. Ia jarang bunting, tetapi kadang-kala berlaku secara semulajadi dan juga melalui pemindahan embrio. Salah satu daripada istilah bagi bagal dikasi adalah "bagal John."

  1. ^ "Mule Day A Local Legacy". Library Of Congress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-15. Dicapai pada 2011-05-07.
  2. ^ Ensminger, M. E. (1990). Horses and Horsemanship: Animal Agriculture Series (ed. Sixth). Danville, IL: Interstate Publishers. ISBN 0-8134-2883-1. pp. 85–87.
  3. ^ Jackson, Louise A. The Mule Men: A History of Stock Packing in the Sierra Nevada, p. 5 (Mountain Press Publishing Co, Missoula, Montana, 2004). ISBN 0-87842-499-7

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search