Bahasa-bahasa Altai

Bahasa-bahasa Altai
Taburan
geografi:
Asia Timur, Asia Utara, Asia Tengah, Asia Barat, dan Eropah Timur
Klasifikasi bahasa:Kedudukan keluarga ini dipertikaikan. Ada pihak yang mengumpulkan keluarga ini di bawah Bahasa-bahasa Eurasiatik dan/atau Bahasa-bahasa Nostratik, dua makrokeluarga yang kontroversial.
Pembahagian:
Fail:Altaic family2.png
Taburan Bahasa-bahasa Altaik merentasi Eurasia.
Gunung-gunung Altay ("Gunung Tinggi" dalam Turkik) memberikan namanya kepada keluarga bahasa cadangan ini.

Bahasa-bahasa Altai merupakan sebuah keluarga bahasa cadangan yang mengandungi 66 buah bahasa [1] dituturkan oleh kira-kira 348 juta orang, kebanyakannya di atau sekitar Asia Tengah dan Asia Timur Laut.[1]

Kaluarga ini sering dianggap mengandungi kumpulan bahasa Turkik, bahasa Mongolik, dan bahasa Tungusik (juga dikenali sebagai bahasa-bahasa Manchu-Tungus). Sesetengah pihak juga memasukkan Bahasa Korea dan/atau keluarga Bahasa Japonik. Beberapa orang pakar bahasa menambah Bahasa Ainu.[2]

Kadangkala hipotesis yang mengandungi hanya Turkik, Mongolik, dan Tungusik dikenali sebagai "Micro-Altaik" dan yang mengandungi bahasa-bahasa yang lain dikenali sebagai "Macro-Altaik".

Perhubungan antara bahasa-bahasa ini menjadi bahan perbahasan antara para pakar bahasa. Sesetengah cendekiawan menganggap persamaan antara bahasa-bahasa ini menunjukkan hubungan genetik. Yang lain mencadangkan bahawa bahasa-bahasa ini bukan sebuah kelaurga yang sepunca tetapi satu Sprachbund, sekumpulan bahasa yang menjadi mirip dalam sesetengah segi atas peminjaman menggiat kerana hubungan bahasa.

Keluarga bahasa ini sendiri sebahagian daripada hipotesis bahasa-bahasa Eurasiatik dan bahasa-bahasa Nostratik yang kedua-duanya lebih banyak dipersoalkan.

  1. ^ Altaic Language Family Tree Ethnologue report for Altaic.
  2. ^ Georg, S., Michalove, P.A., Manaster Ramer, A., Sidwell, P.J.: "Telling general linguists about Altaic", Journal of Linguistics 35 (1999): 65-98 Online abstract

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search