Bahasa-bahasa Austroasia

Austroasia
Asia Selatan
Taburan
geografi:
Asia Selatan dan Tenggara
Klasifikasi bahasa:Salah satu rumpun bahasa utama dunia
Pembahagian:
{{{mapalt}}}

Austro-Asia (lit.Asia Selatan (dalam bahasa Greek)) ialah satu kumpulan bahasa-bahasa merangkumkan yang dichakapkan dekat Asia Selatan (tanah asal) dan Asia Tenggara. Antara bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa-bahasa Vietnam, Khmer, dan Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang. Bahasa Vietnam dan bahasa Khmer mempunyai kedudukan bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan Kemboja), sementara bahasa-bahasa Santal dan Khasi masing-masing berstatus bahasa rasmi di tahap negara bahagian sahaja di India. Bahasa lain daripada rumpun ini dipertuturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.

Rumpun bahasa Austroasia tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia Tenggara, dipisahkan oleh daerah di mana bahasa-bahasa lain dituturkan. Dipercayai secara meluas bahawa rumpun bahasa Austroasia merupakan bahasa asli daerah di Asia Tenggara dan bahagian timur anak India dan rumpun bahasa lain di daerah itu termasuk Indo-Eropah, Tai-Kadai, Dravidia, dan Sino-Tibet, ialah hasil perpindahan manusia yang terjadi (Sebagai contoh, ada perkataan bahasa Austroasia dalam rumpun bahasa Tibeto-Burma di Nepal timur). Beberapa ahli bahasa telah mencuba membuktikan bahawa rumpun bahasa Austroasia berkeluarga dengan rumpun bahasa Austronesia, sehingga membentuk rumpun besar Austrik.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search