Bahasa Bajau

Bahasa Bajau
Bajo
Asli kepadaIndonesia, Malaysia, Filipina
Kawasankawasan persisiran pantai Laut Sulu, Sabah, Sulawesi, dan Kepulauan Maluku
EtnikBajau
Penutur bahasa
260,000 (2000–2011)e18
(barangkali populasi persukuan)
Kod bahasa
ISO 639-3Pelbagai:
bdl – Sulawesi
bdr – Pantai Barat Sabah
sjm – Mapun
Glottologborn1254

Bahasa Bajau atau Bahasa Sama-Bajau merupakan bahasa yang dituturkan oleh sesetengah penduduk di Sabah, Kepulauan Sulu, selatan Filipina, dan timur Kalimantan, terutamanya oleh Orang Bajau. Bahasa Bajau terbahagi kepada tiga, iaitu Bajau Kota Belud, Bajau Semporna, Bajau Papar, Bajau Tuaran, Kudat, Pitas, Sandakan, Lahad Datu, Kunak.

Bahasa Bajau merupakan salah satu daripada cabang Bahasa Melayu Deutro. Bahasa Bajau ini amat mirip dengan bahasa Malaysia yang digunakan pada hari ini.

Yang lainnya dengan bahasa Malaysia ialah sebutan vokal atau konsonan pada awal, tengah ataupun hujung perkataan tersebut. contohnya "tetak" disebut "tetok", "sepak" disebut "sipak", "kucing" disebut "kuting", "satu" disebut "issa" yang mana asal perkataan ini ialah "*esa" bermaksud "satu" ataupun "tunggal" dan sebagainya.

Bahasa Bajau seiras bahasa Melayu Kuno yang masih lagi mengekalkan beberapa ciri sebutan bahasa Melayu Kuno misalnya "di" disebut "ni", "nya" disebut "na" dan dalam bahasa ini sangat kurang pengunaan abjad vokal "e" pepet mahupun "e" taling.

Bahasa Bajau juga merupakan suatu bahasa yang cukup anjal yang boleh dibentuk dan disokong oleh beberapa imbuhan bagi menghasilkan sesuatu frasa yang dimaksudkan dan makna yang berlain-lain.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search