Bahasa Bali

Bahasa Bali
ᬪᬵᬱᬩᬮᬶ / ᬩᬲᬩᬮᬶ1
Bhāṣa Bali / Basa Bali / Basé Bali1
Asli kepada Indonesia
Kawasan
Etnik
Penutur bahasa
3.3 juta (2000 sensus)e18
Bentuk awal
Dialek/loghat
Alfabet Latin, Tulisan Bali
Status rasmi
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-2ban
ISO 639-3ban
Glottologbali1278
Pete pertaburan bahasa Bali kat Indonesia
   Bahasa Bali adalah bahasa majoriti dimana sebahgian besar adalah penutur bahasa pertama.
  Bahasa Bali adalah bahasa minoriti yang cukup signifikan
Map
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Bali merupakan sebuah bahasa Austronesia dituturkan oleh orang Bali, Bali Aga dan lain lain sub-etnik Bali. bahasa ini digunakan terutamanya di pulau Bali, pulau Lombok bahagian barat, dan sedikit di ujung timur pulau Jawa (Banyuwangi). Bahasa Bali dituturkan oleh kira-kira 4 juta orang. Bahasa Bali adalah salah satu bahasa Austronesia yang digunakan untuk upacara keagamaan Hindu kerana majoriti orang Bali beragama Hindu. Selain daripada bahasa Bali, bahasa Tengger di Jawa dan bahasa Kei Tanimbar di Maluku adalah bahasa Austronesia yang juga digunakan untuk upacara keagamaan Hindu.

perempuan bercakap-cakap bahasa Bali

Di Bali sendiri Bahasa Bali mempunyai tingkatan penggunaannya, misalnya ada yang disebut Bali Alus, Bali Madya, dan Bali Kasar. Bahasa Bali Alus digunakan untuk bertutur formal misalnya dalam pertemuan di tingkat desa adat, meminang wanita, atau antara orang berkasta rendah dengan berkasta lebih tinggi. Bahasa Bali Madya digunakan di tingkat masyarakat menengah misalnya pejabat dengan bawahannya, sedangkan Bahasa Bali Kasar digunakan oleh orang kelas rendah misalnya kaum sudra atau antara bangsawan dengan abdi dalemnya, Di Lombok, Bahasa Bali terutamanya dituturkan di sekitar kota Mataram, sedangkan di pulau Jawa Bahasa Bali terutamanya dituturkan di beberapa buah desa di kabupaten Banyuwangi. Selain itu Bahasa Osing, sebuah dialek Jawa di Banyuwangi, juga menyerap banyak perkataan Bahasa Bali. Misalnya osing yang bermaksud "tidak" diambil daripada perkataan Bahasa Bali tusing.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search