Bahasa Het

Het
𒌷𒉌𒅆𒇷 nešili
KawasanAnatolia
Eradibuktikan wujud abad ke-17 – ke-12 SM
Tulisan pepaku Het
Kod bahasa
ISO 639-2hit
ISO 639-3Pelbagai:
hit – Hittite
oht – Bahasa Het Kuno
htx – Bahasa Het Pertengahan
nei – Bahasa Het Baru
hit Het
 oht Het Kuno
 htx Het Pertengahan
Glottologhitt1242

Bahasa Het (natively: 𒌷𒉌𒅆𒇷, rumi: nešili[1] / "bahasa Neša", atau nešumnili / "bahasa orang Neša"; Jawi: بهاس هيت), juga dikenali sebagai bahasa Nesa (Neša/Nesya, Nessa; Jawi: بهاس نيسا), ialah suatu bahasa Indo-Eropah yang telah pupus. Ia dituturkan oleh orang Het, penduduk Anatolia Zaman Gangsa yang empayarnya berpusat di Hattusa, serta bahagian Masyrik utara dan Mesopotamia Hulu.[2] Bahasa itu yang kini sudah lama pupus, ditulis dengan tulisan pepaku dan digunakan dalam catatan-catatan dari abad ke-17[3] (teks Anitta) hingga abad ke-13 SM. Ia mempunyai beberapa kata pinjaman bahasa Het dan banyak nama individu daripada bahasa Assyria Kuno palin awal dari abad ke-20 SM, menjadikannya bukti bertulis tertua bahasa Indo-Eropah.

Menjelang Zaman Gangsa Lewat, bahasa Het mula digantikan dengan bahasa saudara terdekatnya, bahasa Luwi. Pada abad ke-13 SM, bahasa Luwi adalah bahasa yang paling banyak digunakan di ibu kota Empayar Het, Hattusa.[4] Selepas kejatuhan Kerajaan Baru Het semasa keruntuhan Zaman Gangsa Lewat, bahasa Luwi menjadi bahasa utama di negeri-negeri Syam-Het, di barat daya Anatolia dan utara Syria, pada permulaan Zaman Besi.

  1. ^ Hoffner & Melchert (2008), m/s 2.
  2. ^ Yakubovich 2020.
  3. ^ Van den Hout, T. (2021). A History of Hittite Literacy: Writing and Reading in Late Bronze-Age Anatolia (1650–1200 BC). Cambridge University Press. "Introduction": "...Wira buku ini ialah kecelikan huruf, penulisan dan pembacaan, di kerajaan Het di Anatolia purba, atau Turki zaman moden, dari kira-kira 1650 hingga 1200 SM, lebih kurang beberapa tahun ataupun satu atau dua dekad..."
  4. ^ Yakubovich (2010). m/s 307.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search