Bahasa Ibrani

Bahasa Ibrani
עברית ‘Ivrit
Sebutan[ʔivˈʁit] (Israel piawai (Ashkenazi)), [ʕivˈɾit] (Israel piawai (Sephardi)), [ʕivˈriθ] (Oriental), [ivˈʀis] (Ashkenazi)
KawasanIsrael dan negara lain, termasuk Perancis, UK, Amerika Syarikat, dan Tebing Barat
Penutur bahasa
sekitar 7 juta, (Amerika Syarikat: 195,375).1
1Banci Amerika Syarikat2000 PHC-T-37. Kemampuan Menutur Inggeris dengan Bahasa Bertuturan di Rumah: 2000. Jadual 1a.
Abjad Ibrani
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Israel
Dikawal selia olehAkademi Bahasa Ibrani
(האקדמיה ללשון העברית HaAqademia LaLashon Ha‘Ivrit)
Kod bahasa
ISO 639-1he
ISO 639-2heb
ISO 639-3
heb

Bahasa Ibrani (עִבְרִית atau עברית, ‘Ivrit; Jawi: بهاس عبراني) merupakan salah satu bahasa Semitik daripada rumpun bahasa Afro-Asia yang dituturkan oleh lebih daripada tujuh juta orang di Israel (secara de facto dan bahasa rasmi di samping bahasa Arab) dan komuniti-komuniti Yahudi di seluruh dunia.

Teras Tanakh (Alkitab Ibrani) ditulis dalam bahasa Ibrani Klasik dan kebanyakan bentuk kininya, khususnya dalam dialek Ibrani Kitabiah, ilmiawan percaya berkembang sekitar abad ke-6 SM, sekitar zaman pengusiran Babylonia. Untuk sebab ini, orang Yahudi memanggilnya לשון הקודש Lĕshôn Ha-Kôdesh "Lidah Kudus/Bahasa Suci" sejak kuno lagi.

Kebanyakan ahli linguistik bersetuju bahawa selepas abad ke-6 SM apabila Empayar Neo-Babylonia memusnahkan Baitulmaqdis dan mengusirkan penduduknya ke Babylon dan Empayar Parsi membenarkan mereka pulang, dialek Ibrani Alkitabiah yang lazim digunakan dalam kitab suci digantikan dengan dialek baru Ibrani sebagai bahasa sehari-hari yang dipengaruhi bahasa Aram. Selepas abad ke-2 SM, apabila Empayar Rom mengusir populasi Yahudi dari Baitulmaqdis dan bahagian-bahagian Negeri Bar Kokhba, Ibrani lama-lama berhenti menjadi bahasa percakapan tetapi masih kekal sebagai bahasa kesusasteraan utama. Surat, kontrak, perdagangan, sains, falsafah, perubatan, sajak, dan undang-undang telah ditulis dalam Ibrani, yang mana ia disesuaikan dengan meminjam dan mencipta istilah baharu.

Bahasa ini mula diluaskan penggunaannya ke luar bidang agama dengan gerakan Haskalah pada 1770-an dan memuncak dengan penggesaan ideologi Zionisme, yang ikutan antaranya ialah bahasawan Eliezer Ben-Yehuda, pada awal abad ke-20. Akhirnya, ia menggantikan sejumlah bahasa yang dituturkan oleh orang Yahudi pada masa itu, seperti Ladino (juga dipanggil Judezmo), Yiddish, Rusia, dan bahasa-bahasa lain diaspora Yahudi.

Disebabkan ia sudah lama tidak digunakan secara besar-besaran selama berabad, Ibrani kurang banyak perkataan moden. Beberapa perkataan daripada Alkitab Ibrani disesuaikan sebagai neologisme atau dipinjam daripada bahasa lain oleh Eliezer Ben-Yehuda untuk memenuhi kelompongan kosa kata tersebut. Ibrani Moden menjadi bahasa rasmi Palestin British pada 1921 (bersama-sama baasa Inggeris dan Arab), dan kemudian pada 1948 menjadi bahasa rasmi Israel.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search