Bahasa Indonesia

Bahasa Indonesia
Asli kepada Indonesia
KawasanAsia:
 Indonesia
 Timor Leste
Penutur bahasa
300 juta+ jumlah
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Indonesia

 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

 UNESCO[1]
Bahasa minoriti
dikenali di
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (dipakai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

 Timor Leste (Bahasa Indonesia digunakan sebagai bahasa kerja dan bahasa perdagangan)

 Belanda


Dikawal selia olehBadan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa
Kod bahasa
ISO 639-2id
ISO 639-3ind
Glottologstan1327
Biru tua: Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi dan biru muda: Bahasa Indonesia sebagai bahasa minoriti.

Bahasa Indonesia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi negara Indonesia. Ianya adalah piawai bagi Bahasa Melayu yang diubah suai dan berevolusi di Indonesia. Bahasa Indonesia menjadi bahasa rasmi mengikut Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 Pasal 36. Ia juga merupakan bahasa penyatuan (atau "pemersatuan") bangsa Indonesia sebagaimana disebut dalam Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Bahasa Indonesia menjadi salah satu bahasa yang lebih banyak dituturkan di dunia.

Bahasa ini sendiri difahami oleh seluruh warga Indonesia. Walaupun begitu, hanya sebahagian sahaja daripada penduduk Indonesia yang benar-benar menggunakannya sebagai bahasa ibunda kerana dalam perbualan seharian, masyarakat Indonesia lebih suka menggunakan bahasa daerah dan kaum masing-masing sebagai bahasa ibunda seperti bahasa Jawa, Sunda, Betawi, Minangkabau, Melayu tempatan, dan lain-lain.

  1. ^ "Recognition of Bahasa Indonesia as an official language of the General Conference of UNESCO". UNESCO General Conference. UNESCO (42). 2023. Dicapai pada 2023-11-20.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search