Bahasa Melayu Terengganu

Bahasa Melayu Terengganu
بهاس ملايو ترڠݢانو
Base Tranung
Ccakak Tranung
Asli kepada Malaysia
KawasanTerengganu, Pahang, Johor dan Kepulauan Anambas
EtnikMelayu Terengganu
Penutur bahasa
1,300,900-1,500,000
Austronesian
Dialek/loghat
  • Hulu Terengganu
  • Pantai Terengganu
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi
Kod bahasa
ISO 639-3-
Kawasan majoriti penutur Melayu Terengganu Pantai (Biru Gelap)
Kawasan majoriti penutur Melayu Terengganu Hulu (Biru)
Kawasan minoriti penutur Melayu Terengganu Pantai (Biru Muda)

Bahasa Melayu Terengganu (ccakak Tranung atau base Tranung; tulisan Jawi: بهاس ملايو ترڠݢانو) adalah bahasa lisan setempat bahasa Melayu yang digunakan di negeri Terengganu, Malaysia kecuali di Pulau Perhentian, daerah Besut dan bahagian utara daerah Setiu di utara Terengganu kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Terengganu seperti di pesisir sebelah timur Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Mersing, Tanjung Sedili) dan sehingga ke Kepulauan Anambas.[1][sumber tak boleh dipercayai?] Bahasa ini tidak mudah difahami oleh penutur varian-varian Melayu/Malayik yang lain. Walaupun berkongsi banyak persamaan dengan Kelantan-Patani dan Pahang, namun terdapat perbezaan ketara dari segi fonologi, lenggok percakapan dan kosa kata yang digunakan dalam perbualan seharian lantas menyebabkan tidak semua perkataan Terengganu dapat difahami oleh penutur Kelantan-Patani dan Pahang.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search