Bahasa Moldova

Bahasa Moldova atau Bahasa Moldavia (limba moldova) merupakan nama rasmi bagi Bahasa Romania di Republik Moldova dan wilayah pisahnya Transnistria.[1][2] Perlembagaan Moldova (Judul I, Perkara 13) menyatakan bahawa bahasa "Bahasa Moldova" merupakan bahasa rasmi bagi negara ini. Dalam Pengisytiharan Kemerdekaan Moldova bahasa yang sama ini dipanggil Bahasa Romania.[3] Namun Presiden Moldova Vladimir Voronin menitikberatkan identiti yang berasingan bagi Bahasa Moldova, menuduh bahawa Romania gagal melakukan yang sama.[4] Sekumpulan ahli bahasa Romania mengambil keputusan menyatakan bahawa promosi Bahasa Moldova ini merupakan sebuah kempen yang tidak saintifik.[5]

"Bahasa Moldova" (graiul moldovenesc, dalam sumber yang lebih lama limba moldovenească) juga boleh merujuk kepada satu jenis utara bagi Bahasa lisan Romania dalam wilayah bekas Prinsipaliti Moldavia (kini berpisah di antara Moldova dengan Romania). Tiadanya pemisahan linguistik yang tertentu di Sungai Prut, yang memisahkan Moldova dari Romania. Jenis Moldavia dikira salah satu dairpada kelima-lima jenis bahasa lisan Romania, kesemuanya ditulis dengan sama, tetapi hanya lebih kurang daripada separuh daripada penutur jenis ini tinggal di Moldova, sedangkan lebih daripada separuh tinggal di kawasan bersebelahan di Romania.

  1. ^ Kogan Page 2004, p 242
  2. ^ http://ec.europa.eu/translation/language_aids/recognition/field_guide_main_languages_of_europe_en.pdf A Field Guide to the Main Languages of Europe - Spot that language and how to tell them apart], on the website of the European Commission
  3. ^ (Romania)Declaraţia de independenţa a Republicii Moldova, Moldova Suverană
  4. ^ "Moldovans suspicious of Romania's intentions". The Financial Times. 2007-12-08. Dicapai pada 2007-12-16. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ (Romania)"Ziare.ro - Linguists condemn "Moldovan language"". Dicapai pada 2007-11-10.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search