Bahasa Tibet

Tibetan
བོད་སྐད་ bod skad
Asli kepadaChina, India, Pakistan, Nepal, Bhutan
KawasanTibet, Kashmir, Baltistan
Penutur bahasa
6,150,000
Sino-Tibet
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Wilayah Autonomi Tibet
Dikawal selia olehJawatankuasa Penyelarasan Bahasa Tibet (བོད་ཡིག་བརྡ་ཚད་ལྡན་དུ་སྒྱུར་བའི་ལ ས་དོན་ཨུ་ཡོན་ལྷན་ཁང་གིས་བསྒྲིགས / 藏语术语标准化工作委员会)
Kod bahasa
ISO 639-1bo
ISO 639-2tib (B)
bod (T)
ISO 639-3Pelbagai:
bod – Tibet Tengah
adx – Amdo
khg – Khams
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "ll3" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "ll2" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "ll1" yang tidak diketahui

Bahasa Tibet ialah sekumpulan bahasa yang ditutur oleh orang Tibet yang tinggal di suatu kawasan luas di Asia Tengah yang bersempadan dengan Asia Selatan, dan juga ramai komuniti Tibet di seluruh dunia. Beberapa loghat Tibet turut menjadi bahasa ibunda beberapa kaum di kawasan utara Pakistan dan India seperti Baltistan dan Ladakh yang terletak di sekitar Kashmir. Tulisan bahasa Tibet klasik pula merupakan bahasa sastera utama di rantau berkenaan, terutamanya dalam karya kesusasteraan agama Buddha.

Tibetian speaking world

Bahasa Tibet biasanya digolongkan dalam bahasa-bahasa Tibeto-Burma. Bahasa Tibet lisan merangkumi berpuluh-puluh loghat daerah yang kebanyakannya sukar saling difahami. Lebih-lebih lagi, tidak jelas pula sempadan antara bahasa Tibet dan bahasa-bahasa Himalaya yang lain. Secara amnya, loghat-loghat Tibet tengah (termasuk Lhasa), Kham, Amdo, dan beberapa kawasan kecil berdekatan dianggap sebagai loghat-loghat Tibet, tetapi bentuk-bentuk lain, khususnya bahasa Dzongkha, Sikkim, Sherpa, dan Ladakhi, dianggap oleh penutur masing-masing sebagai bahasa berasingan atas sebab-sebab politik.

Pada dasarnya, setelah mengambil kira pemahaman paling umum mengenai loghat-loghat dan bentuk-bentuk bahasa Tibet, "bahasa Tibet raya" ditutur oleh kira-kira 6 juta orang di sepanjang Penara Tibet. Loghat Lhasa juga ditutur lebih kurang 150,000 orang dalam buangan yang sudah berpindah dari Tibet ke India dan negara-negara lain. Bahasa Tibet juga ditutur oleh beberapa suku minoriti yang tinggal berhampiran dengan kaum Tibet selama berabad lamanya, namun masih mengekalkan bahasa dan budaya tersendiri. Walaupun kaum Qiangik di Kham digolongkan sebagai kaum Tibet oleh kerajaan China, namun bahasa-bahasa Qiangik tidak dianggap sebagai loghat Tibet, sebaliknya dari cabang bahasa Sino-Tibet yang lain.

Walalupun bahasa Tibet Klasik nampaknya bukan bahasa berasaskan nama, namun sesetengah loghat sudah menampakkan unsur nada, khususnya dalam loghat-loghat Tengah dan Kham, sementara loghat Amdo dan lain-lain di kawasan barat tetap tidak bernada. Morfologi bahasa Tibet secara amnya boleh dihuraikan sebagai bahasa aglutinatif, tetapi bahasa Tibet Klasik berbentuk bahasa analitik.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search