Bandar Raya Mexico

Bandar Raya Mexico
Ciudad de México
Latar langit Bandar Raya Mexico
Latar langit Bandar Raya Mexico
Latar langit Bandar Raya Mexico
Bendera Bandar Raya Mexico
Bendera
Mohor rasmi bagi Bandar Raya Mexico
Mohor rasmi
Nama samaran: Ciudad de los Palacios
Lokasi Bandar Raya Mexico di kawasan tengah Mexico
Lokasi Bandar Raya Mexico di kawasan tengah Mexico
Lokasi Bandar Raya Mexico di kawasan tengah Mexico
Koordinat: 19°24′N 99°7′W / 19.400°N 99.117°W / 19.400; -99.117
Negara Mexico
Entiti persekutuan Daerah Persekutuan
Boro 16 delegaciones
Diasaskan sebagai Tenochtitlan k.k. 18 Mac 1325
Kerajaan
 - Ketua Kerajaan Marcelo Ebrard (Templat:PRD party)
Ketinggian 7,349 kaki (2,240 m)
Kepadatan (2005)
 - Bandar 8,720,916
 - Metro 19,231,829
Zon masa Zon Waktu Tengah (UTC-6)
 - Musim panas (DST) Waktu Siang Tengah (UTC-5)
1 Kawasan Daerah Persekutuan yang merangkumi kawasan-kawasan bukan bandar di selatan.
Laman web: http://www.df.gob.mx

Bandar Raya Mexico atau Kota Mexico (Sepanyol: Ciudad de México) ialah Wilayah Persekutuan (Sepanyol: Distrito Federal), ibu negara dan bandar raya terbesar negara Mexico.[1] Ia juga bandar raya terbesar di benua Amerika dan kawasan metropolitan ketiga teramai penduduknya, selepas Tokyo dan Seoul. Ia merupakan entiti persekutuan dalam Mexico yang tidak menganggotai mana-mana 31 negeri Mexico, sebaliknya hakmilik seluruh persekutuan. Bandar Raya Mexico merupakan pusat politik, kebudayaan, pendidikan dan kewangan yang paling penting di negaranya.

Bandar raya ini merupakan salah sebuah pusat kewangan terpenting di Amerika Utara[2] dengan taraf bandar raya global "alpha"[3] yang terletak di Lembah Mexico, sebuah lembah besar di kawasan penara tinggi di tengah-tengah negara Mexico, pada aras tinggi 2,240 meter (7,350 kaki). Bandaraya ini terbahagi kepada 16 daerah.

Pada tahun 2009, kawasan Bandar Raya Mexico sebenar diduduki oleh sekitar 8.84 juta orang[4] di atas kawasan seluas 1,485 kilometer persegi (573 bt2).[5] Menurut takrifan paling terkini yang dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dan negeri, jumlah penduduk kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico ialah 21.2 juta orang,[4], menjadikannya kawasan metropolitan terbesar di rantau Amerika dan pengelompokan bandar kelima terbesar di dunia.[6]

Bandar Raya Mexico sahaja mencatatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$390 bilion pada tahun 2008, oleh itu merupakan bandaraya kelapan paling kaya di dunia. Jika diambil kiranya seluruh kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico, termasuk pusat perindustrian besar dalam zon metropolitan, KDNK kasar untuk seluruh kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico adalah $531.4 bn.[7] Bandaraya Mexico sahaja menjana 21% KDNK negara Mexico pada $390 bn, manakala kawasan metropolitan pula menyumbangkan 34% jumlah KDNK negara dengan $531.4 bn.[8] Tepat pada tahun 2010, bandaraya sahaja mencatat KDNK per kapita sebanyak $47,396, berbanding dengan kawasan metropolitan yang pendapatan nominal per kapitanya hanya $29,258.[9]

Bandar raya ini asalnya dibina di atas sebuah pulau di Tasik Texcoco dengan nama Tenochtitlan oleh kaum Aztek pada tahun 1325. Kota lama ini hampir ranap sampai habis dalam apabila diserang pada tahun 1521, tetapi kemudiannya direka dan dibina semula berlandaskan piawaian pembandaran Sepanyol. Pada tahun 1524, ditubuhkannya perbandaran yang bernama México Tenochtitlán,[10] dan pada tahun 1585 ia diberi gelaran rasmi La Ciudad de México (Bandar Raya Mexico).[10] Bandar Raya Mexico berfungsi sebagai pusat politik, pentadbiran dan kewangan sebahagian besar empayar jajahan Sepanyol.[11] Selepas tercapainya kemerdekaan dari Sepanyol, Wilayah Persekutuan terbentuk pada tahun 1824.

Setelah bertahun-tahun menuntut autonomi politik yang lebih besar, pada tahun 1997, para warga kota akhirnya diberi hak untuk mengundi Ketua Kerajaan dan para wakil Dewan Undangan yang ekadewan.[12]

  1. ^ "Artículo 44" (PDF). Constitución Política de los Estados Unidos Mexicanos. Dicapai pada 14 Mei 2010.
  2. ^ "WFE – Member Exchanges". World-exchanges.org. 1 April 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-25. Dicapai pada 25 Mac 2010.
  3. ^ Foreign Policy (2008). "The 2008 Global Cities Index". Dicapai pada 27 Disember 2009.
  4. ^ a b National Population Council. "Mexico City Metropolitan Area" (PDF). Government of the State of Mexico. Dicapai pada 27 Disember 2009.
  5. ^ Brian W. Blouet, Olwyn M. Blouet. OECD Reviews of Regional Innovation OECD Reviews of Regional Innovation: 15 Mexican States 2009. OECD Publishing, 2009. p. 418 (p. 299). ISBN 978-92-64-06012-8.
  6. ^ United Nations (2007). "World Urbanization Prospects". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-18. Dicapai pada 27 Disember 2009.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ukmediacentre.pwc.com
  8. ^ "Mexico City GDP as compared with national GDP". Dicapai pada 19 Ogos 2010.
  9. ^ "Indicadores Regionales de Actividad Económica 2008" (PDF). Banamex. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-11-22. Dicapai pada 27 Disember 2009. Unknown parameter |título= ignored (|title= suggested) (bantuan)
  10. ^ a b (Sepanyol) Government of the Wilayah Persekutuan. "History of Bandar Raya Mexico". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-19. Dicapai pada 27 Disember 2009.
  11. ^ (Sepanyol) United Nations. "Bandar Raya Mexico, Mexico". Dicapai pada 27 Disember 2009.
  12. ^ Daniel C. Schechter, Josephine Quintero. Lonely Planet Bandar Raya Mexico, City Guide [With Pullout Map]. Third Edition. Lonely Planet, 2008. ms. 288 (ms. 20-21). ISBN 978-1-74059-182-9.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search