Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Ringkasan suntingan seharusnya dapat menjawab soalan, "Mengapa anda membuat suntingan ini?". Sentiasalah mengisi ruangan ringkasan setelah menyunting dan ia merupakan suatu amalan yang amat digalakkan dalam wikipedia. Malahan perbuatan ini dianggap wajib bagi sebarang perbuatan pemadaman.
Ruangan Ringkasan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada satu ruangan yang terletak di bahagian bawah laman suntingan yang digunakan untuk mengisi rumusan tetang suntingan yang anda lakukan terhadap rencana yang berkenaan.
Rumusan penyuntingan yang anda lakukan itu dapat membantu pengguna lain untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk memeriksa perubahan yang telah dilakukan. Dengan demikian, mereka tidak perlu memeriksa kesemua perubahan untuk membersihkan segala anasir vandalisme. Dengan adanya kemudahan ini, pengguna wikipedia dapat memerangi gejala vandalisme dengan lebih efisen.
Ruangan ringkasan yang disediakan dalam sistem wiki ini diisi dengan maksimum 200 aksara. Sekiranya anda mengisi lebih daripada 200 aksara, maka aksara (mula daripada aksara yang ke 201) yang selebihnya akan diabaikan.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search