Bawang merah

Bawang merah
باوڠ ميره
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. cepa
Nama binomial
Allium cepa var. aggregatum

Bawang merah (Jawi: باوڠ ميره) dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan tanaman semusim. Ia memiliki sejenis umbi yang berlapis-lapis dengan akar serabut dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu.

Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search