Bendera Amerika Syarikat

Bendera Amerika Syarikat.

Bendera Amerika Syarikat mengandungi 13 jalur merah berselang putih dengan suatu segi empat berwarna biru diisi 50 bintang kecil putih. Lima puluh bintang ini mewakili 50 buah negeri yang menggabung membentuk negara ini sementara 13 jalur pula mewakili 13 koloni asal yang memberontak ke atas pemerintahan British untuk kemerdekakan diri sebagai negeri-negeri pertama dalam Kesatuan. Nama lain bagi bendera ini termasuk Stars and Stripes (Bintang dan Jalur), Old Glory ("Sang Gemilang") dan Star-Spangled Banner (juga nama bagi lagu kebangsaan).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search