Bendera Filipina

Bendera Filipina dikibarkan pada zaman damai (atau bukan darurat)

Bendera Filipina (Filipina: Pambansang Watawat ng Pilipinas, bahasa Inggeris: National Flag of The Philippines) terdiri daripada sebidang dua warna biru dan merah dengan sebuah segitiga sama sisi putih di sisi tiang. Di tengah-tengah segitiga tersebut terdapat simbol matahari kuning dengan lapan sinar, masing-masing terbahagi menjadi tiga; di sudut segitiga terdapat bintang bersegi lima kuning. Bendera ini dipasang dengan warna biru di atas pada masa damai, dan warna merah di atas pada masa perang.

Bendera ini direkakan Emilio Aguinaldo pada tahun 1897 semasa dalam pembuangan di Hong Kong sebelum dijahit Marcela Agoncillo dan anaknya Lorenza serta anak saudara José Rizal, Doña Delfina Herbosa de Natividad; ia mula dikibarkan secara rasmi pada 12 Jun 1898. Pengunaan rasmi ini dilanjutkan melalui suatu pelulusan undang-undang pada tahun 1920.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search