Bertrand Russell

Bertrand Russell
WarganegaraBritish
PekerjaanAhli Falsafah
Terkenal keranaSumbangan kepada bidang Falsafah dan
Pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
Tandatangan

Bertrand Arthur William Russell, 3rd Earl Russell, (18 Mei 1872 – 2 Februari 1970) ialah seorang ahli falsafah, logik matematik, matematik, sejarah dan pengkritik sosial British.[1] Dalam beberapa detik kehidupannya, beliau menganggap dirinya sebagai seorang liberal, sosialis, dan pencinta damai. Beliau dilahirkan di Monmouthshire, ke dalam keluarga bangsawan Britain.[2]

Russell mengetuai "revolusi British terhadap idealisme" pada wal abad ke-20. Beliau dianggap seorang daripada pengasas falsafah analitik bersama-sama pendahulunya, Gottlob Frege dan anak didiknya Ludwig Wittgenstein. Beliau juga dianggap sebagai ahli logik terunggul abad ke-20.[1] Bersama-sama A. N. Whitehead, beliau menghasilkan Principia Mathematica, satu percubaan untuk meletakkan logik sebagai asas matematik. Esei falsafahnya On Denoting dianggap sebuah "paradigma falsafah."[3] Karyanya mempengaruhi logic, matematik, teori set, linguistik, sains komputer, dan falsafah, khususnya falsafah bahasa, epistemologi, dan metafizik.

Russell seorang aktivis anti-perang dan anti-imperialisme,[4][5] dan dipenjarakan kerana kempen anti-perangnya semasa Perang Dunia Pertama.[6] Kemudian, beliau berkempen menentang Adolf Hitler, mengkritik sistem totalitarian Stalin, menyerang penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, dan menyokong kuat pergerakan pelucutan senjata nuklear.[7] Dalam tahun 1950 Russell dikurniakan hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan sebagai "pengiktirafan penulisan yang pelbagai dan bernilai yang memperjuangkan cita-cita kemasnusiaan dan kebebasan fikiran]]"[8]

  1. ^ a b Stanford Encyclopedia of Philosophy, "Bertrand Russell", 1 May 2003
  2. ^ Hestler, Anna (2001). Wales. Marshall Cavendish. m/s. 53. ISBN 978-0-7614-1195-6.
  3. ^ Ludlow, Peter, "Descriptions", The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Fall 2008 Edition), Edward N. Zalta (ed.), URL = [1].
  4. ^ Richard Rempel (1979). "From Imperialism to Free Trade: Couturat, Halevy and Russell's First Crusade". Journal of the History of Ideas. University of Pennsylvania Press. 40 (3): 423–443. doi:10.2307/2709246. JSTOR 2709246.
  5. ^ Bertrand Russell (1988) [1917]. Political Ideals. Routledge. ISBN 0-415-10907-8.
  6. ^ Samoiloff, Louise Cripps. C.L.R. James: Memories and Commentaries, p. 19. Associated University Presses, 1997. ISBN 0-8453-4865-5
  7. ^ The Nobel Foundation (1950). Bertrand Russell: The Nobel Prize in Literature 1950. Retrieved on 11 June 2007.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search