Besi berani

Suatu magnet bentuk ladam yang menarik serbuk besi melekat pada kedua-dua hujung atau "kutub"nya.

Magnet (Jawi: مݢنيت), batu berani (Jawi: باتو براني),[1] besi berani (Jawi: بسي براني‎) atau besi semberani (Jawi: بسي سمبراني‎)[1][2] ialah sejenis logam yang mempunyai kuasa unik dapat menarik butir-butir ferromagnetik seperti besi, tembaga, kobalt atau bahan lain seumpama di sekitarnya ke arahnya;[3] dalam medan tersendiri, ia turut mampu menarik atau menolak magnet lain bergantung kepada kedudukan kedua-dua magnet dipasangkan bersama.

Setiap magnet mempunyai satu 'kutub selatan' dan satu 'kutub utara': apabila satu hujung magnet didekati suatu hujung magnet yang lain, kedua-dua hujung akan menarik di antara satu dengan yang lain sekiranya hujung-hujung magnet itu mempunyai kutub yang berlainan; Sebaliknya akan berlaku sekiranya kedua-dua hujung mempunyai kutub yang sama.

Selain magnet asli (yang dilombong), terdapat juga magnet yang dibuat manusia. Magnet asli ialah magnet yang kekal keadaannya, manakala magnet yang dibuat manusia ada yang kekal dan ada yang sementara (dipanggil elektromagnet). Kebanyakan magnet yang digunakan hari ini adalah dibuat oleh manusia.

  1. ^ a b Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 75, 100. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ Dari Kamus Dewan edisi terkini (ke-4) keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia:
  3. ^ Siswanto, J., Susantini, E., dan Jatmiko, B. (2018). Fisika Dasar, Seri: Listrik Arus Searah dan Kemagnetan. Semarang: UPGRIS Press. m/s. 33–34. ISBN 978-602-5784-14-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search