Biodiesel

Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang ester asid lemak. Biodiesel biasanya dihasilkan dengan melakukan tindakbalas kimia keatas lemak haiwan atau minyak sayuran dengan alkohol, yang menghasilkan ester metil, etil atau propil melalui proses transesterifikasi.

Keretapi ujian Perancis kelas Regiolis yang menggunakan B100 untuk menggantikan diesel
Bas yang menggunakan biodiesel dari minyak soya
Model pengisi ruang bagi etil stearat, atau etil ester asid stearik, etil ester yang dihasilkan dari kacang soya atau minyak canola dan etanol.
Model pengisi ruang bagi metil linoleat, atau metil ester asid linoleik, metil ester biasa yang dihasilkan dari kacang soya atau minyak canola dan metanol.

Minyak sayuran dan minyak buangan hanya boleh digunakan untuk mengerakkan enjin diesel yang diubahsuai, bukan seperti biodiesel yang dapat digunakan secara terus dalam enjin diesel serta infrastruktur logistik sedia ada. Namun, biodisel kebiasaanya dicampur dengan petrodiesel (biasanya kurang dari 10%) kerana kebanyakkan enjin tidak boleh menggunakan biodiesel sebagai bahan api tanpa pengubahsuaian.

Penggunaan biodiesel dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil namun, penghasilannya bagi memenuhi permintaan bahan api memerlukan kawasan pertanian yang luas bagi memperoleh bahan mentah. Hal ini boleh menyebabkan kawasan hutan sedia ada untuk diratakan bagi penanaman tumbuhan atau kawasan pertanian sedia ada digunakan untuk membekal bahan mentah, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber makanan bagi penduduk di suatu kawasan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search