Bioplastik

Bioplastik ialah plastik yang dihasilkan daripada bahan terbitan gula seperti kanji dan selulosa, tetapi juga terutamanya daripada sumber-sumber biojisim seperti minyak dan lemak sayuran, kanji (seperti tepung jagung) atau mikrobiota.[1] Ia juga boleh dihasilkan daripada bahan sampingan dalam pertanian serta pengitaran semula botol plastik menggunakan mikroorganisma. Plastik jenis ini kurang menggunakan bahan mentah serta melepaskan jumlah gas rumah hijau yang jauh kurang berbanding plastik jenis biasa yang berasaskan bahan api fosil (petrobased polymer) seeprti petroleum atau gas asli. Kebanyakan jenis bahan bioplastik mengurai lebih cepatnya daripada plastik terbitan bahan api fosil.

Penghasilan bioplastik mewakili sekitar 0.2% pasaran polimer global secara keseluruhannya (bernilai 300 juta tan).[2]

  1. ^ Hong Chua; Peter H. F. Yu; Chee K. Ma (March 1999). "Accumulation of biopolymers in activated sludge biomass". Applied Biochemistry and Biotechnology. Humana Press Inc. 78: 389–399. doi:10.1385/ABAB:78:1-3:389. ISSN 0273-2289. Dicapai pada 2009-11-24. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)[pautan mati kekal]
  2. ^ Andreas Künkel, Johannes Becker, Lars Börger, Jens Hamprecht, Sebastian Koltzenburg, Robert Loos, Michael Bernhard Schick, Katharina Schlegel, Carsten Sinkel, Gabriel Skupin dan Motonori Yamamoto (2016). "Polymers, Biodegradable". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.n21_n01.pub2.CS1 maint: uses authors parameter (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search