Brahma

Berma
Berhama/Berahma
Ukiran Brahma di sebuah kuil di Halebidu
Ukiran Brahma di sebuah kuil di Halebidu
Dewa pencipta
Devanagari:ब्रह्मा
Penggabungan:Dewa
Kediaman:Brahmapura
Pasangan:Saraswati
Wahana/Gunung:Angsa

Berma[1] (Jawi: برما), Berhama atau Berahma (Jawi: برهما‎, Sanskrit: ब्रह्मा, rumi: Brahmā) merupakan pencipta alam semesta dalam kepercayaan agama Hindu dan salah satu daripada Trimurti selain Wisnu (sebagai dewa pemelihara) dan Siwa (sebagai dewa pemusnah) yang dipercayai berterusan selama-lamanya. Brahma tidak sama dengan Brahman dalam falsafah Vedanta.

Maka, Brahma merupakan sumber, benih segala-galanya. Brahma menjadi sumber yang melahirkan ruang, masa, sebab-akibat, nama dan rupa. Secara falsafah, Brahma merupakan tahap pertama penjelmaan idea keindividuan atau ego (ahankara). Secara teologi, Brahma adalah Pencipta yang tidak dicipta (Svayambhu), Manusia Pertama.

Meskipun Brahma adalah Tuhan Maha Esa dalam fungsinya sebagai Pencipta, tidak ada kuil khusus untuk pemujaan-Nya kecuali kuil di Pushkar (berdekatan Ajmer, Rajasthan). Beberapa Purana cuba memberikan alasan yang lemah untuk menjelaskan keadaan pelik ini. Namun, kemungkinan kultus Brahma telah wujud pada zaman sebelum Veda dan kemudiannya, kebangkitan kultus-kultus Vishnu dan Siva telah mengatasi kultus Brahma. Dengan perkembangan konsep Shakti, kedua-dua Vishnu dan Siva mempunyai Shakti masing-masing untuk membantu proses ciptaan. Maka, dengan perkembangan konsep bahawa Tuhan bersatu dengan Shaktinya untuk mencipta alam semesta ini, telah menjadikan Brahma hilang fungsi, dan akhirnya kedudukannya sebagai Tuhan Maha Esa.

Setiap kuil, sama ada Vishnu dan Siva, mesti mempunyai sebuah sudut di dinding utara untuk imej Brahma. Imej ini mesti dipuja setiap hari kerana Brahma adalah Parivaradevata (Pengiring Dewa utama).

  1. ^ Lihat:
    • Rentse, Anker (1931). "Malay Charms, Kelantan". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 9 (1 (111)): 146.
    • Wilkinson, Richard James (1901). "برما‎ bĕrma". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 97.
    • Wilkinson, Richard James (1932). "Bĕrma". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 572 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search