Sebahagian daripada siri-siri rencana berkenaan |
United Kingdom di dalam Kesatuan Eropah |
---|
Keanggotaan
Pilihanraya Parlimen Eropah |
|
Brexit [ˈbrɛksɪt, ˈbrɛgzɪt;[1] brék-sit- gabungan perkataan "British" dan "exit" (keluar)] merupakan tindakan pengunduran United Kingdom (UK) daripada keanggotaan dalam Kesatuan Eropah (EU). Berikutan referendum Jun 2016, di mana 52% undi keluar, kerajaan UK secara rasminya mengumumkan pengunduran keanggotaan ini pada bulan Mac 2017 lalu memulakan proses rundingan. Negara ini secara rasminya menarik diri daripada EU pada 11 malam GMT pada 31 Januari 2020, perasmian ini seterusnya memulakan tempoh peralihan yang ditetapkan bakal berakhir pada 31 Disember 2020.[2] Semasa tempoh peralihan 11 bulan, UK dan EU akan merunding hubungan masa depan antara kedua-dua pihak.[2] UK kekal tertakluk pada undang-undang Kesatuan Eropah dan kekal sebahagian Kesatuan Kastam EU dan Pasaran Tunggal Eropah semasa tempoh peralihan, tetapi tidak lagi diwakilkan dalam badan politik atau institusi EU.[3][4]
Pengunduran telah disokong oleh Euroskeptik dan dibangkang oleh pro-Eropah, kedua-duanya yang menjangkau lingkungan politik. UK menyertai Komuniti Eropah (EC) (terutamanya Komuniti Ekonomi Eropah (EEC)) pada tahun 1973, dengan keanggotaan berterusan yang disokong dalam referendum 1975. Pada 1970-an dan 1980-an, pengunduran daripada EC telah kebanyakannya disokong oleh sayap kiri politik, contohnya dalam manifesto pilihan raya 1983 Parti Buruh. Perjanjian Maastricht 1992 mengasaskan EU, tetapi tidak diletakkan ke dalam referendum. Sayap euroskeptik Parti Konservatif telah memimpini pemberontakan ke atas pengesahan perjanjian dan, dengan Parti Bebas UK (UKIP) dan kempen People's Pledge rentas parti, memaksa Perdana Menteri Konservtif David Cameron untuk mengadakan referendum untuk keanggotaan EU yang berterusan, yang telah diadakan pada bulan Jun 2016. Cameron, yang telah berkempen untuk kekal, letak jawatan selepas keputusannya dan diganti oleh Theresa May.
Pada 29 Mac 2017, kerajaaan UK secara rasmi memulakan proses pengunduran dengan menggunakan Perkara 50 Perjanjian mengenai Kesatuan Eropah dengan kebenaran daripada Parlimen. May memanggil pilihan raya umum kilat pada bulan Jun 2017, yang mengakibatkan kerajaan minoriti Konservatif disokong oleh Parti Kesatuan Demokratik. UK–EU rundingan pengunduran bermula kemudian pada bulan itu. UK berunding untuk keluar daripada kesatuan kastam dan pasaran tunggal EU. Hal ini menghasilkan perjanjian pengunduran November 2018, tetapi parlimen UK mengundi menentang mengesahkannya tiga kali. Parti Buruh mahu mana-mana perjanjian mengekalkan kesatuan kastam, manakala ramai Konservatif membangkang penyelesaian kewangan perjanjian, serta "penahan Ireland" yanf direka menghalang kawalan sempadan di antara Ireland Utara dengan Republik Ireland. Demokrat Liberal, Parti Kebangsaan Scotland, dan lain-lain cuba mengundurkan Brexit melalui cadangan referendum kedua.
Pada bulan Mac 2019, Parlimen UK mengundi untuk May menanyakan EU untuk menangguhkan Brexit sehingga bulan April, dan kemudian bulan Oktober. Gagal mendapatkan perjanjian beliau dipersetujui, May letak jawatan sebagai perdana menteri pada bulan Julai dan diganti oleh Boris Johnson. Beliau cuba mengganti bahagian perjanjian dan berikrar untuk meninggalkan EU menjelang tarikh akhir yang baru. Pada 17 Oktober 2019, kerajaan UK dan EU bersetuju dengan dengan perjanjian pengunduran pindaan, dengan pengurusan baru untuk Ireland Utara.[5][6] Parlimen meluluskan perjanjian tersebut untuk penelitian lanjut, tetapi menolak meluluskannya ke dalam undang-undang sebelum tarikh akhir 31 Oktober, dan memaksa kerajaan (melalui 'Akta Benn') menanyakan penundaan Brexit yang ketiga. Sebuah pilihan raya umum awal telah diadakan pada 12 Disember. Konservatif memenangi majoriti besar dalam pilahan raya itu, dengan Johnson mengisytiharkan bahawa UK akan meninggalkan EU pada awal tahun 2020.[7] Perjanjian pengunduran telah disahkan oleh UK pada 23 Januari, dan oleh EU pada 30 Januari, dan dikuatkuasakan pada 31 Januari.[8][9][10]
Banyak kesan Brexit bergantung pada betapa dekatnya UK akan terikat dengan EU, atau sama ada tempoh peralihan berakhir tanpa sebarang terma dipersetujui ("Brexit tiada persetujuan").[3] Persetujuan luas dalam kalangan ahli ekonomi ialah Brexit akan kemungkinan merosakkan ekonomi UK dan mengurangkan pendapatan per kapita yang sebenar dalam tempoh sederhana dan tempoh panjang, dan bahawa referendum sendiri telah merosakkan ekonomi.[a] IMF pada bulan Januari 2020, namun, menterbalikkan ramalannya dari tahun 2016, meramalkan UK akan melebihi jangkauan EU dalam masa dua tahun berikutan Brexit, telah melakukan demikian pada tahun 2019.[24][25] Brexit kemungkinan mengurangkan imigrasi daripada negara-negara Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) ke UK, dan menimbulkan cabaran bagi pendidikan tinggi UK, penyelidikan akademik dan keselamatan. Berikutan Brexit, undang-undang EU dan Mahkamah Keadilan EU tidak akan lagi mempunyai keagungan ke atas undang-undang UK atau Mahkamah Agungnya, kecuali kepada takat sementara yang dipersetujui dalam satu perjanjian pengunduran. Akta Kesatuan Eropah (Pengunduran) 2018 mengekalkan undang-undang EU yang berkaitan sebagai undang-undang domestik, di mana UK dapat kemudian meminda atau merayu.
finding economists who say they believe that a Brexit will spur the British economy is like looking for a doctor who thinks forswearing vegetables is the key to a long life
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :3
On 23 June 2016, 52% of British voters decided that being the first country ever to leave the EU was a price worth paying for 'taking back control', despite advice from economists clearly showing that Brexit would make the UK 'permanently poorer' (HM Treasury 2016). The extent of agreement among economists on the costs of Brexit was extraordinary: forecast after forecast supported similar conclusions (which have so far proved accurate in the aftermath of the Brexit vote).
Unlike the short-term effects of Brexit, which have been better than most had predicted, most economists say the ultimate impact of leaving the EU still appears likely to be more negative than positive. But the one thing almost all agree upon is that no one will know how big the effects are for some time.
The U.K. economy may be paying for Brexit for a long time to come ... It won't mean Armageddon, but the broad consensus among economists—whose predictions about the initial fallout were largely too pessimistic—is for a prolonged effect that will ultimately diminish output, jobs and wealth to some degree.
One thing economists do generally agree on is that leaving the European Union and putting new trade barriers between Britain and our largest and closest trading partners is extremely unlikely to boost UK productivity growth—and is far more likely to slow it
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search