Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Jumlah penduduk | |||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
7 juta (Sensus 2010) | |||||||||||||||||||||||||||
Kawasan ramai penduduk | |||||||||||||||||||||||||||
Indonesia | 6,359,700[1] | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Malaysia | 728,465[2] | ||||||||||||||||||||||||||
Singapura | 15,000 | ||||||||||||||||||||||||||
Bahasa | |||||||||||||||||||||||||||
bahasa Bugis, bahasa Melayu (termasuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia) dan lain-lain. | |||||||||||||||||||||||||||
Agama | |||||||||||||||||||||||||||
Majoriti Islam 95%. Kristian 5% Minoriti Tolotang | |||||||||||||||||||||||||||
Kumpulan etnik berkaitan | |||||||||||||||||||||||||||
Toraja, Mandar,Bone Makassar, Melayu. |
Orang Bugis (Bahasa Bugis: ᨈᨚ ᨕᨘᨁᨗ To Ugi, Jawi: اورڠ بوݢيس )
Bangsa Melayu Bugis atau Suku Bugis adalah bangsa Austronesia daripada Sulawesi Selatan di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Simunul, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.
Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, digelar dengan taktik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan Inggeris dan pedagang yang berjaya. Bugis bukanlah lanun seperti digambarkan serangan di laut tetapi ianya direka oleh pedagang barat khususnya Inggeris dan Belanda untuk mencemarkan imej Orang Bugis untuk bersaing dalam bidang pelabuhan. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam dengan minoriti penganut kristian dan kepercayaan pra-islam dipanggil tolotang.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search