Bukit Kepong (filem)

Bukit Kepong
PengarahJins Shamsuddin
Penulis
Lakon layarJins Shamsuddin
Cerita olehPPP Ismail Johari
BerdasarkanPeristiwa Bukit Kepong
Dihasilkan olehJins Shamsuddin
Dibintangi
SinematografiS. Mohan
Disunting olehJohari Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 29 April 1981 (1981-04-29) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.3 Juta
Pecah panggungRM 1.7 Juta

Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi perang Malaysia 1981 yang diarahkan oleh Jins Shamsuddin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.[1] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 29 April 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM1.3 juta.[2]

Filem ini kemudiannya telah disunting semula oleh United Studios (syarikat pengedar dan pemasaran di bawah KRU International), yang melabur dalam pemulihan dan peningkatan HD dengan kos berjumlah RM100,000. Kerja teknikal sebenar dilakukan oleh Prodigital Lab (milik KRU Malaysia).[3]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search