Bunga

Pelbagai jenis bunga
Bunga raya
Bunga Rudbeckia hirta dan kupu-kupu Vanessa cardui

Bunga (Jawi: بوڠا ; kata ganda: bunga-bungaan بوڠا-بوڠاءن‎) atau kembang (Jawi: کمبڠ) ialah struktur pembiakan untuk tumbuh-tumbuhan dalam divisi Angiosperma. Bunga mengandungi organ-organ yang menghasilkan biji-biji benih tumbuhan yang baharu melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan keturunan yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji ini.

Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search