Bunga api

Bunga api
Fail GIF bunga api, yang berdasarkan video bunga api di Festival Nagaoka 2012, Jepun
Bunga api ketika sambutan Tahun Baru di Bratislava, 2005
Bunga Api pada sambutan Hari 4 Julai di Washington, DC, Amerika Syarikat
Paparan bunga api di Taipei 101, Taiwan pada 2005, menjadikannya persembahan bunga api di pencakar langit pertama di dunia.

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan kesan bunga api tersebut.

Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain. Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.

Oleh sebab bunga api menghasilkan asap beracun yang berupaya mencemarkan alam sekitar dan mencederakan orang lain, perdebatan mengenainya dibincangkan di seluruh dunia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search