Burung

Burung
Julat zaman:
Asal Zmn Bt Kapur Awal atau awal Zmn Bt Kapur Akhir munasabah berdasarkan jam molekular[3][4]
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Klad: Ornithurae
Kelas: Aves
Linnaeus, 1758[5]
Subkelas & order

Burung (Jawi: بوروڠ) merupakan haiwan vertebrata bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kelas Aves yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di Kutub Utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenal pasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung jenis teropod dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, semasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang, terdapat beberapa spesies yang tidak mampu seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung boleh mengeluarkan telur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadangkala kedua-dua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan yang akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

  1. ^ Field, Daniel J.; Benito, Juan; Chen, Albert; Jagt, John W. M.; Ksepka, Daniel T. (Mac 2020). "Late Cretaceous neornithine from Europe illuminates the origins of crown birds". Nature. 579 (7799): 397–401. Bibcode:2020Natur.579..397F. doi:10.1038/s41586-020-2096-0. ISSN 0028-0836. PMID 32188952. S2CID 212937591.
  2. ^ De Pietri, Vanesa L.; Scofield, R. Paul; Zelenkov, Nikita; Boles, Walter E.; Worthy, Trevor H. (Februari 2016). "The unexpected survival of an ancient lineage of anseriform birds into the Neogene of Australia: the youngest record of Presbyornithidae". Royal Society Open Science. 3 (2): 150635. Bibcode:2016RSOS....350635D. doi:10.1098/rsos.150635. PMC 4785986. PMID 26998335.
  3. ^ Yonezawa, T, dll. (2017). "Phylogenomics and Morphology of Extinct Paleognaths Reveal the Origin and Evolution of the Ratites". Current Biology. 27 (1): 68–77. doi:10.1016/j.cub.2016.10.029. PMID 27989673.
  4. ^ Kuhl, H; Frankl-Vilches, C; Bakker, A; Mayr, G; Nikolaus, G; Boerno, S T; Klages, S; Timmermann, B; Gahr, M (2020). "An unbiased molecular approach using 3'UTRs resolves the avian family-level tree of life". Molecular Biology and Evolution. 38 (1): 108–127. doi:10.1093/molbev/msaa191. hdl:21.11116/0000-0007-B72A-C. PMC 7783168. PMID 32781465.
  5. ^ Brands, Sheila (14 Ogos 2008). "Systema Naturae 2000 / Classification, Class Aves". Project: The Taxonomicon. Dicapai pada 4 Februari 2009.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search