Cat

Sebekas cat yang tumpah

Cat (Jawi: چت, serapan kata bahasa Cina ) merupakan satu istilah umum untuk sekumpulan keluaran cecair yang digunakan untuk melitup objek atau permukaan lapisan berpigmen menambah warna baik untuk melindungi mahupun memperindahkan ia. Ia boleh dipakaikan secara langsung menggunakan berus mahupun disembur secara aerosol. Ia merupakan antara ciptaan tertua manusia yang dijumpai seawal 40,000 tahun di lukisan-lukisan gua.[1]

Cat boleh dibuat atau dibeli dalam aneka bentuk warna—dan pelbagai jenis seperti cat air atau sintetik.Cat biasanya disimpan, dijual dan digunakan sebagai cecair, tetapi kebanyakannya kering menjadi bahan padu. Kebanyakan cat adalah berasaskan minyak atau air dan setiap satu daripadanya mempunyai ciri yang berbeza. Selalunya, pihak majlis perbandaran tidak membenarkan pembuangan cat berasaskan minyak ke dalam longkang rumah atau pembetung. Pelarut pembersih juga berbeza-beza untuk cat berasaskan air dengan cat berasaskan minyak.[2]

Cat boleh digunakan pada hampir semua objek. Antara kegunaannya ialah dalam penghasilan seni, dalam salutan industri, sebagai bantuan memandu (penanda jalan) atau sebagai bahan awet (untuk menghalang kakisan atau kerosakan air). Cat merupakan satu keluaran separa siap, kerana keluaran akhir adalah perkara yang dicat itu.

  1. ^ Craughwell, Thomas J., 1956- (2012). 30,000 years of inventions. New York: Tess Press. ISBN 9781603763240. OCLC 801100207.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ https://www.hgtv.com/design/decorating/design-101/painting-101-oil-or-latex

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search