Cerita rekaan

Ilustrasi dari Lewis Carroll Alice's Adventures in Wonderland, menggambarkan protagonis cereka, Alice, bermain permainan fantasi kroket.

Cerita rekaan (Jawi: چريتا ريکاءن‌) atau singkatannya cereka (disebut [cĕ.ré.ka], Jawi: چريک‎; juga dipanggil fiksyen atau fiksi) ialah karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi penulis. Ia mungkin dalam bentuk novel dan cerita pendek.

Walaupun cerita rekaan adalah antara cabang besar dalam karya sastera, ia juga boleh merujuk kepada teater, sinematik atau karya muzik. Fiksyen berlawanan dengan bukan fiksyen, iaitu yang ditulis dengan fakta (atau, sekurang-kurangnya, dianggap fakta) acara, penerangan, pemerhatian, dan lain-lain (seperti biografi, sejarah, pengalaman).

Fiksyen mungkin memasukkan atau merujuk kepada fakta atau peristiwa sebenar oleh si penulis sebagai sumber inspirasi.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search